~Usrati~

....Assalamualaikum semua….

Ape habaq semua ? Alhamdulillah ana kat sini sihat-sihat ja setakat neh…

Insyaallah hari ini ana cuba update berkenaan dengan kisah kehidupan keluarga ana supayaantum semua boleh mengenali diri ana sendiri dan keluarga ana dengan lebih dekat dan lebiherat kan…hehe

Hurm…Ana dilahirkan dalam keluarga yang sederhana bermastautin di Tanjong Malim Perak disebabkan ayah ana ditugaskan untuk mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ayah ana diberi nama Abdullah bin Yusof. Seperti yang saya katakan tadi ayah ana mengajar kat UPSIkan? beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar atau lebih dikenali sebagai pensyarah.Beliau merupakan seorang yang simple, berkulit coklat-coklat manis, sangat tegas dalammenetapkan pendiriannya, banyak menyertai jemaah-jemaah atau gerakan Islam.

Gamba ketika berada di London

Ibu ana pula diberi nama Rosmah@Rosmahwaty binti Ahmad Nawawi panjangkan? Beliaumerupakan seorang guru kepada kami adik-beradik yang selalu mengajarkan kami erti-ertikehidupan selain sering membantu kami dalam kesusahan dan beliau merupakan seorang gurudi Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam bertempat di Hulu Bernam. Beliau merupakan seorangyang agak garang tetapi penyayang orangnya, senang untuk dibawa berbincang, merupakan ibuyang paling Marvelous hehe

Ibu ana dengan adik paling kecil


Hurm…sekarang nak cita sal diri ana lak ye. Nama ana Muhammad Syakir bin Abdullah sekarang menuntut di IPG Kampus Ipoh. Adik-beradik ana ade 7 orang. Ana merupakan anak yang sulung dalam keluarga neh. Seorang yang simple. Adik-beradik ana yang kedua ialah Nur Syafiqah binti Abdullah, yang ketiga Nur Syaza binti Abdullah, yang keempat Nur Syahadah binti Abdullah, yang kelima Muhammad Shahmi bin Abdullah, yang keenam ialah Nur Sabihah binti Abdullah, dan yang terakhir ialah Nur Sofiyyatussakinah binti Abdullah. Ana ngan adik ana yang kelima jer laki-laki yang lain semua perempuan haha….huuuhuh berat tanggungjawab ana, doa-doakan lah..huhu


Adik yg ketiga dan kedua




dari kiri syaza, ibu, syafiqah, sahahadah, tgh sabihah and sofiyya



neh la adik ana sorang jer laki-laki namanya syahmi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP