``MUNAFIK``

Insyaallah pada entri kali ini....
ana cuba sampaikan bagaimana untuk mengenal apa itu munafik~

Munafik

Maknanya dari segi bahasa ialah Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar

Maksudnya dari segi syarak pula ialah Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaanya orang yang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikutsegala ajaran Islam dan mengaku mereka ialah seorang Islam tetapi hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Disini terdapat 6 tanda seseorang itu menjadi munafik:-.......

1.Iman tidak tetap dan tidak teguh

Orang yang begini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2.Tindak-Tanduk yang senantiasa berubah
Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat.Ketika dia bersam-sama dengan oarang yang sedang beribadat,dia akan turut sama beribadat walaupon hatinya terlalu susah menerimanya.Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak atau bersama-sam dengan ahli-ahlinya,dia akan mengikuti kata hatinya dengan tidak beribadat.

3.Tidak tetap kata
Dia sentiasa mengubah pendiriannya.Sewaktu bersama-sama dengan orang mukmin lainnya,dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran Islam tetapi belakang orang mukmin secara senyap dia akan menghina Islam.

4.Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas

Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa,dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5.Jiwanya tidak tenteram

Dia akan senantiasa resah gelisah gundah gelana dan tidak keruan keran terpaksa bersikap berpura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

6.Menjadikannya Dunia sebagai matlamat hidup

Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu mencintai kebendaan dan duniawi.Akhirat bagi orang munafik hanyalah sebagai suatu mitos atau lagenda di alam khayalan....

~~marilah bersama-sama kita berdoa kepada Allah yang Maha Esa,Yang Maha Besar,Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang suapaya kita tidak tergolong dalam golongan atau orang-orang munafik ini...semoga article ini membantu antuma~~

ENAM KECELAAN TERSEBAB DARIPADA ZINA

Dan sabda Nabi Muhammad S.A.W:Takutlah olehmu akan zina,maka bahawasanya pada zina itu enam perkara kecelaannya,tiga perkara pada dunia dan tiga perkara pada akhirat.Maka adapun tiga perkara pada dunia itu:

1.Mempicitkan yakni menyempitkan rezeki
2.Menghilangkan berkat
3.Apabila keluar rohnya,di dinding akan dia daripada Allah Ta'ala dan menilik ia kepada neraka dan kepada malaikat Zabaniyyah

Dan adapun tiga perkara pada akhirat:

1.Menilik Allah Akan dia dengan tilik murka,maka jadi hitam mukanya.
2.Adalah hisabnya bersangatan
3.Dihelakan dia dengan rantai belenggu neraka


Dan sabda Nabi Muhammad S.A.W:'"barangsiapa memenuhkan akan dua matanya daripada yang haram,memenuhkan Allah akan dua matanya daripada api neraka.Dan barangsiapa berzina dengan perempuan,dibangkit Allah akan dia daripada kuburnya sangat dahaga dan bertelanjang ia dan menangis ia berdukacita lagi hitam mukanya,dan pada lehernya belenggu daripada api neraka dan pakaiannya daripada minyak tanah,dan tiada berkata-kata Allah Taala akan dia,dan baginya seksa yang sangat pedih."

Dan Sabda Nabi Muhammad S.A.W :"Barangsiapa berzina dengan perempuan yang ada lakinya(suaminya),maka adalah atas keduanya seksa yang sangat pedih pada hari kiamat.Maka menghukum Allah taala akan suaminya dengan suruh mengambil ia akan kebajikannya dan ditanggungkan dia dosa suaminya serta dihalau dia kepada neraka."Ini jika tiada mengetahui suaminya akan isterinya berzina.

adapun jika mengetahui suaminya akan isterinya berzina dan diam ia,maka diharamkan Allah atas suaminya akan syurga,kerana bahawasanya tersurat pada pintu syurga :"Engkau orang dayus".Iaitu yang memperkenankan kejahatan atas isi rumahnya dan redha ia baginya.Dan tiada masuk syurga orang itu,dan bahawasanya tujuh petala langit dan bumi dan segala bukit melaknatkan orang berzina dan orang dayus.

Sabda Baginda:

زنا العينيين النظر

Bermula zina dua mata itu menilik kepada benda yang tiada halal menghelakan kepada zina faraj

Dan Sabda Baginda:

النظر الي النساء الأجنبيات من الكباءر

Bermula menilik kepada perempuan yang ajnabiyyah,(yakni :yang halal berkahwin dengan dia)itu daripada dosa-dosa besar.

~~Adab Menguap~~

Insyaallah pada entri kali ini ana nak berkongsi sikit tentang adab-adab menguap yang diajar oleh Nabi Muhammad S.W.T....

Tahan menguap sekadar termampu~

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi Muhammad S.A.W bersabda:Sesungguhnya Allah Taala suka pada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap.Maka apabila seseorang kamu bersin lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah',maka adalah hak atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah'.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.Maka apabila seseorang itu menguap hendaklah dia menahannya sekadar yang termampu.Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap syaitan akan mentertawakannya.

Letak tangan di atas mulut~

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a.,Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)

Makruh mengangkat suara~

Diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad dan At-Tarmizi,Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin,dan membenci orang-orang yang menguap.Maka apabila seseorang kamu menguap,jangan sampai berbunyi haaaaa haaaa,kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu"
Ibnu As-Sunni pula meriwayatkan daripada Abdullah Bin Az-Zubair r.a.,Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah Azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan hasil yang sesuai dengan niatnya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Cintaku dan Cintanya~~

Aku memuji Allah kerana menemukan aku cintaku
Kau memberikan daku kekuatan untuk terus hidup
Dan aku di sini dengan anda
Anda `telah berjaya membuka hatiku
Hatiku sering berfikir bahawa cinta itu salah
Namun semuanya berubah tatkala kau berada disisiku
Wahai cintaku...

Ada yang ingin daku perkatakan
Selama mana diriku hidup di muka bumi ini
Daku akan setia di sisimu
Daku akan setia di sisiu jujur dan setia
Sehingga ajal menjemputku...

Daku sungguh mencintaimu,sungguh mencintaimu
Selama sisa hidup daku
Melalui hari dan malam
Daku bersyukur kepadaNya kerana telah mebuka mataku
Sekarang dan selamanya Aku akan berada di sana untuk dirimu
Aku tahu bahawa jauh di lubuk hatiku
Aku merasa sangat diberkati ketika aku teringat padamu
Dan saya meminta Allah untuk memberkati semua yang kita lakukan
Dirimu sebagai isteriku dan teman daku dan kekuatan daku
Dan aku berdoa supaya kita kembali bersama-sama abadi
Sekarang daku merasakan diriku semakin kuat menghadapi cabaran hidup
Semuanya berubah ketika dirimu hadir dalam hidupku

daku sungguh mencintai dirimu....
Dan dirimu mencintai diriku...
marilah kita bersama-sama membina Mahligai bahagia..
bernaungkan hidayah Ya Rabb...
menuju ke ukhrawi....

~Hati Ini Hiba~

hati ini hiba mengenangkan maksiat-maksiat yang pernah aku lakukan..diri ini tidak menyedari bahawa perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan itu sudah menyalahi fitrah seorang manusia yang beriman..banyak dosa-dosa yang aku lakukan berdasarkan hawa nafsu dan syaitan..bukan pahala-pahala yang daku cari berdasarkan iman dan taqwa yang teguh kepada Allah Taala..ku kini menyedari bahawa hatiku telah hitam dan diriku bergelumang dengan dosa..oh Tuhan Maha Kuasa terimalah taubat hamba yang berdosa..

Hati ini hiba pabila melihat dunia ini semakin lama semakin tua..banyak kerosakan demi kerosakan yang telah dilakukan demi memuaskan nafsu sarakah mereka..bukit-bukau,gunung-ganang yang selama ini teguh sebagai pasak bumi habis ditarah sehingga tidak tinggal sedikit pun demi memuaskan hati mereka..Wahai Manusia sedarlah..Dunia kita semakin uzur umurnya..Ia tidak mungkin untuk bertahan lama..udara yang selama ini kita sedut yang selama ini kita rasai semakin lama semakin tercemar dek kerana serombong-serombong kilang yang mengeluarkan asap yang mencemarkan..banyak hutan-hutan tropika dimansuhkan bangunan pencakar-pencakar langit dinaikkan hanya kerana ingin berbangga negara siapa yang lebih maju dan berwawasan.. Sedarlah wahai manusia.....

Hati ini hiba pabila melihat ISLAM sekarang makin lama makin ditindas..Islam tidak lagi seperti dahulu yang mana terkenal di saentero dunia..Islam dahulu bukan Islam sekarang..Islam dahulu merupakan sebuah agama yang mantap dan digeruni oleh semua agama-agama yang lain seperti Kristian,Majusi,Yahudi dan sebagainya..Islam sekarang??ohhhhh sungguh sedih melihatnya.tatkala ada segelintir Umat Muhammad yang mempersendakan agamanya sendiri..pakaian yang menutup aurat mula dikatakan kolot dan mundur berbanding pakaian seksi dan mendedahkan aurat..banyak anak-anak muda berpakaian ranggi dan tidak mengendahkan lagi pakaian seperti jubah dan serban..kini semakin lama semakin banyak anak luar nikah dilahirkan..mengikut statistik yang dikaji setiap setengah jam seorang anak luar nikah dilahirkan..ohhh dunia semakin tua dan uzur..Ia tidak mungkin dapat menampung segala kemaksiatan dan kehancuran yang telah dilakukan oleh manusia.....

SEDARLAAAH WAHAI MAKHLUK ALLAH YANG BERNAMA MANUSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hati ini benar-benar sungguh hiba............

KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR

Insyaallah pada entri kali ini...ana cuba untuk menyampaikan sebuah sirah atau kisah para sahabat Nabi Muhammad.Kali ini marilah bersama-sama kita hayati pengorbanan salah seorang sahabat nabi iaitu ANAS BIN NADHR

Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan Badar. Dia berasa kesal kerana tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal yang demikian dia senantiasa menanti-nanti peluang untuk menyertai peperangan untuk menebuskan apa yang dianggapnya suatu kerugian bagi dirinya. Kesempatan yang dinanti-nantinya itupun tibalah apabila berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya. Anas pun dengan serta merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat kejihadan yang tulin maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang dihadapi mereka berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang mengatasi pihak musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar sepasukan pemanah-pemanah yang terdiri daripada 50 orang untuk menguasai tentera berkuda pihak musuh yang mungkin menyerang tentera Muslimin dari belakang. Mereka diperintahkan supaya menetap diatas sebuah bukit dibelakang tentera Muslimin selagi mereka tidak menerima arahan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menyuruh mereka berundur dari situ. Tetapi mereka ini telah mengingkari arahan Baginda s.a.w. Apabila mereka lihat askar-askar musuh lari lintang pikang, diburu oleh Mujahid-Mujahid Islam, mereka menyangka yang kemenangan telah pun tercapai lantas meninggalkan tempat mereka sambil berkejar-kejaran untuk mendapatkan harta rampasan. Yang tinggal diatas bukit itu hanyalah ketua mereka dan beberapa orang yang masih taat. Apabila dilihat oleh pemimpin tentera mushrikin yang bukit itu telah terdedah, dia pun mengerah pasukannya menyebu dan membunuh tentera panah Muslimin yang masih bertahan diatasnya dan melancarkan serangan balas terhadap tentera muslimin dari belakang ketika mereka sedang asyik mengumpulkan tentera rampasan.Dalam keadaan kelam kabut inilah Anas terpandang kepada Saad bin Maaz yang sedang melalui hadapannya. Dia memekik mengatakan:"Ya Saad! Kemana engkau? Demi Allah! Aku mencium bau Syurga yang datangnya dari Jabal Uhud

Dengan berkata demikian dia pun menerkam musuh lalu menentang mereka habis-habisan sehingga dia gugur sebagai Syahid dimedan peperangan. Apabila badannya yang berlumuran darah itu diperiksa terdapat tidak kurang dari 80 liang luka semuanya.Tidak ada siapa yang dapat mengenalinya melainkan saudara perempuannya sahaja. Orang yang berjihad dijalan Allah s.w.t.. dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecap nikmat syurga didunia ini dan diakirat. Demikianlah hal keadaannya dengan sahabat Anas bin Nadhr.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad


Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP