sem 3


Assalamualaikum semua!
Ape habaq?
Semoga kita semua berada dalam redha Allah yang Maha Besar lagi Maha berkuasa.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrad Illahi yang mana kita masih dikurniakan dua nikmat yang terbesar iaitu NIKMAT IMAN DAN NIKMAT ISLAM.


Alhamdulillah bermula pada malam ini bersamaan dengan 20 Jun 2011 ana mula melangkah ke Sem yang berikutnya iaitu sem 3. Banyak kenangan yang sudah ana dan rakan-rakan seperjuangan hadapi di sepanjang sem 2 yang lepas. Ana berharap sem 3 yang bakal ana dan rakan-rakan seperjuangan ana hadapi lebih baik berbanding dengan dengan sem 2 yang lepas.

Ana mengaharapkan kepada rakan-rakan blogger semua dapat mendoakan result peperiksaan ana pada sem depan mendapat keputusan yang baik. Hanya doa kalian yang dapat membantu kami untuk kami meneruskan perjuangan di BUMI BARAKAH ini IPG KAMPUS IPOH.

Gambaran Hari Kiamat


BERSEDIAKAH KITA!!!!!!

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1) Pemimpin yang adil.

2) Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3) Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

4) Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5) Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6) Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7) Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

- `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

1) Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

2) Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

3) Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya.

2) Doa anak²nya yang soleh.

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sedarlah!!!

Assalamualaikum semua apa habaq?
lame jugaklah x update blog neh hehe
Entahlah sebabnye banyak keje kowt
hurm cuti pown tinggal lagi seminggu jer.
ape nak buat eh...adek2x semua dah balik asrama tinggalah teman sowang kat umah neh..ahahahehe


Isyaallah ana ade sedikit perkongsian....
harap hayati...

Sedarlah!!


Dengarlah sebuah kisah suatu ciptaan,

Yang melalui liku-liku kehidupan ,

Dalam panorama yang bermacam-macam warnanya,

Dahulunya dia merupakan setitis air yang sungguh hina,

Bercantum lalu terbentuklah satu organisma yang indah,

Begitu hebat ciptaan Allah Tuhan yang Maha Satu,

Menciptakannya dengan sungguh lengkap tiada cacat cela,

Lalu dia hidup meneruskan perjalanannya,

Untuk menyelesaikan ketentuan yang telah ditentukan oleh tuhannya,

Di sepanjang perjalanannya terdapat banyak dugaan dan cabaran,

Sehinggakan dia lupa akan kontrak hidupnya,

Yang dia meterai sebelum lahirnya dia ke dunia,

Lalu dia memilih jalan yang salah dan melupakan tuhannya,

Inilah yang dikatakan manusia,

Selalu terlupa selalu terleka,

Oleh itu manusia sedarlah!!!,

Jangan diikut nafsu serakah,

Kelak dirimu akan ditimpa azab yang pedih,

Menjelang alam Akhirat,

Sedarlah!!!!!

Nelayan dan ulat


Assalamualaikum semua.....
Insyaallah ana nak post sedikit entri pada malam neh...
Semoga dapat sama-sama kita menghayatinya.....

NELAYAN DAN ULAT

Seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur, telah berjaya menangkap seekor ikan tetapi seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan itu dari tangannya dan memukulinya. Maka berkatalah Abu Jaafar, "Ya Tuhanku, Engkau menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Engkau mencipta dia dalam keadaan gagah perkasa, sehingga dia dapat menganiaya aku. Kuasakanlah dia pada satu makhluk dan jadikanlah dia sebagai pelajaran bagi semua kaum muslimin."


Setelah pengawal kerajaan itu tiba di rumahnya, dia mengoreng ikan itu. Ketika dia meletakkan ikan itu di atas hidangan, duri ikan itu tiba-tiba menyengatnya dengan izin Allah SWT tangan yang tertusuk duri ikan itu bertambah parah dan ulat memakan tangannya. Dia tidak tahan lagi dan terpaksa tanga itu harus dipotong tetapi ulat itu malah menjalar ke lengannya dan terpaksa dipotongnya pula. Kemudian dia tidur dan bermimpi seseorang mengatakannya kepadanya, "Kembalikan hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini."

Setelah dia terbangun, barulah dia menyedari mengenai ikan yang dirampas dari Abu Jaafar. Maka datanglah dia menjumpai Abu Jaafar dan memberinya sepuluh dirham dan meminta halal kepadanya. Ketika Abu Jaafar menghalalkannya, maka berjatuhanlah ulat itu dari tangannya yang terluka dan kembalilah tangan itu sembuh seprti sediakala dengan kekuasaan dan izin Allah Taala.


Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada kisah di atas, di antaranya ialah jangan merasa diri kita besar atau bangga diri serta boleh mengambil kesempatan ke atas diri orang yang lemah. Kebanyakan orang zaman sekarang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain disebabkan akan kuasa yang mereka miliki. Selain itu janganlah kita menzalimi orang yang lemah kerana perbuatan itu ibarat menzalimi diri kita sendiri. Hal ini kerana setiap perbuatan yang zalim itu mendatangkan dosa....


Harap bersama kita hayati kisah diatas.......

Tangannya Melekat Di Tubuh Mayat

assalamualaikum semua ape khabar??
semoga antum semua berada dalam lindungan rahmat Allah Taala.

Alhamdulillah sepanjang cuti neh rajin pulak tangan neh mengupdate blog. Insyaallah ana nak cerita ckit mengenai seorang tukang mandi mayat yang jahat mulutnya..harap dapat menghayati kisah ini..

Tangannya Melekat Di Tubuh Mayat

Pada suatu ketika seorang Muslimah meninggal dunia di Madinah lalu keluarganya mencari seorang tukang mandi mayat tetapi ternyata wanita tersebut adalah seorang yang jahat mulutnya.

Sambil memandikan mayat itu, wanita itu memaki hamunnya dengan ucapan-ucapan yang keji. Katanya "Faraj inilah yang banyak digunakan untuk berzina.

Masya Allah. tiba-tiba sahaja kedua-dua tangan wanita itu melekat di tubuh si mayat. Ia berusaha untuk melepaskannya. tetapi tidak berjaya. Sementara orang ramai yang berada di luar sudah mula gelisah kerana lama sekali menunggu selesainya pemandian mayat.

Akhirnya, keluarga si mayat mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku. Mereka segera mengirimkan utusan kepada beberapa orang penduduka madinah yang diaanggap alim. Ada ulama yang mencadangkan agar kedua-dua tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama mayat. Ada juga yang mencadangkan agar tubuh si mayat di potong demi menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat itu.

Akhirnya kerana tidak ada pendapat yang dianggap benar, mereka pergi kepada Imam Malik bin Anas r.a. Setelah mendengar kisah itu, Imam Malik segera datang ke tempat kejadian lalu beliau menyiasat tukang mandi mayat itu dari sebalik hijab. Imam Malik berkata kepadanya "katakan dengan terus terang apa yang telah kamu katakan pada mayat ini.?"

Setelah wanita itu menjelaskan apa yang diucapkannya kepada si mayat, Imam Malik berkata kepada ahli keluarganya si mayat."Tukang memandi mayat ini telah menuduh si mayat dengan tuduhan palsu dan fitnah. Ia telah melanggar hukum Allah Taala dengan menuduh seorang Muslimah baik-baik tanpa bukti dan saksi sebanyak empat orang. Kerana itu kini dia wajib menjalani hukuman 80 kali sebatan."

Sesudah hukuman itu dijalankan. barulah kedua-dua tangan wanita itu terlepas darpida tubuh si mayat.

Pengajaran yang kita peroleh daripada kisah ini ialah.

1)kita mestilah menjaga mulut kita daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak baik sehingga menimbulkan fitnah.
2) Melakukan kerja dengan ikhlas
3) sesiapa yang menuduh perempuan yang baik berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi maka dia akan disebat sebanyak 80 kali sama seperti cerita di atas.(Qazaf)

bersama renungkan bersama amalkan....A

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP