Bella Formula Sinus Care

Tahukah Anda RESDUNG Amat Berbahaya!!!
APAKAH Anda Penghidap RESDUNG Yang Anda Sendiri Tidak Sedar??? Ingat Jangan Ambil Mudah!!! kalau Anda sayangkan Nyawa Anda!!!
Ia Amat BERBAHAYA!!!Dan Boleh Membawa Maut!!! Rawatlah SEGERA!!!! SEBELUM IA MENULAR KE OTAK.

SANGAT PENTING!!! Baca sampai habis INFO ini!!
Adakah MUKA Anda BERJERAWAT yang SUSAH DIRAWAT?
Hidung gatal/Berair/ bersin bila terkena habuk atau sejuk? Pernafasan BAU BUSUK? Dalam Hidung & Telinga seperti ada benda berjalan dan selalu Sakit Kepala?
Atau tak boleh Makan Seafood?

SEBENARNYA ANDA ADA RESDUNG!!!

Berpunca Dari KUMAN Resdung!!!

✔ GATAL-GATAL pada Hidung/Telinga dan Muka
✔ Muka Dan Badan BERJERAWAT
✔ Hidung BENGKAK/BERAIR/SAKIT/PEDIH/BERBAU
✔ Pernafasan BAU BUSUK
✔ Mata menjadi GATAL/PEDIH/BENGKAK
✔ Selalu mengalami SAKIT KEPALA
✔ Selalu BERSIN/HIDUNG BERAIR apabila keadaan persekitaran BERHABUK,sejuk ataupun apabila terkena embun pagi dan malam.
✔Penyakit kulit kuku,gatal-gatal yang melampau (PUNCA RESDUNG)

Jika YA!! anda sedang mengalami MASALAH RESDUNG

Elakkan dari mencium / menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat berhabuk. Juga diingatkan, jika anda membele Kucing,kucing merupakan penyumbang terbesar mengenai kuman seperti ini. Elakkan dari mencium-cium kucing kesayangan anda dengan terlalu 'over'.

Segera dapatkan Kapsul Pembunuh KUMAN RESDUNG

DILULUSKAN KKM.. MAL06121075T.

SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN NYAWA ANDA DAN KELUARGA TERCINTA. WANG BUKANLAH SEGALANYA SEKIRANYA KESIHATAN ANDA TERJEJAS.( sekadar Nasihat Yang Ingin Membantu)

P/S ingat wang bukanlah segalannya, tanpa kesihatan yang baik bagaimana nak kita jalani kehidupan seharian bersama keluarga Tersayang.

harga pasaran rm 60
promosi rm 55 sahaja
free postage

berminat 
PM 0135213156






Produk Royal Sweetener Stevia (RSS)

Produk Royal Sweetener Stevia (RSS)

Merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, Penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti.

Pengenalan Stevia
Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.


Kegunaan Stevia
Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. 

Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid.


Khasiat Stevia
  • -Mengimbangi kandungan gula dalam badan. 
  • -Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia. 
  • -Melawaskan pembuangan air kencing. 
  • -Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan. 
  • -Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda. 
  • -Membantu sistem penghadaman makanan. 

kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Royal Sweetener Stevia (RSS) boleh hubungi saya syakir Abdullah 0135213156 

harga promosi rm 48 sebotol
harga 3 botol rm 120 berserta keahlian percuma
facebook : syakir abdullah 





Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah
Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut. 

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".
Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".

Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".
Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP