stress

alhamdulillah 
Allah masih bagi peluang kepada ana untuk masih hidup di bumiNya yang penuh barakah ini
Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhamad s.a.w 

Lame x update blog neh...
banyak sarang labah-labah dah

Sejak akhir-akhir neh terlalu banyak keje sampai diri sendiri pown strees. Assigmnet la, event itu, event ini la, banyak perkara perlu difikirkan, kelas lagi, adehh jenuh den nak menyiapkan kesemua kerja-kerja neh..Ana harap semua bloggers semua dapat doakan ana agar dapat melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah yang telah diamanahakan kepada ana.

Selalu sangat ana strees sepanjang ana hidup neh xtaw la disebabkan orang sekeliling ana ataupun diri ana yang terlalu sensitif. Ya Allah ku Pohon KepadaMu agar kau kurangkan lah ke streesan ku ini. macam mane ek tak jadi org yang terlalu sensitif atau cepat terasa dengan gurauan-gurauan segala sahabat-sahabat ana yang gila-gila neh..any suggestion?hehe

ana harap selepas ini kuranglah kestreesan ana neh...semoga ana dan seluruh umat Islam dapat apa yang dikatakan sebagai kemanisan iman...

setakat ini sahaja.....untuk waktu ini...

hafalan shalat delisa




Cerita Hafalan shalat  Delisa.....
baik untuk dijadikan teladan marilah sama-sama kita tonton...
boleh download disini

Majlis Periwayatan Kitab Syama'il al-Tirmizi


Marilah sama-sama kita meriahkan majlis ilmu ini...

7 cara kempiskan perut buncit

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Salam Maulidur Rasul



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Sifat terpuji

Uzlah hati: Mengosongkan hati dari terpaut & terpesona dengan makhluk.
Zuhud : Tidak mahu dan tidak tolak takdir yang Allah Ta'ala tetapkan (tidak berangan-angan untuk dapat rezeki lebih dan tidak tolak rezeki yang Allah Ta'ala anugerahkan).
Tazallul : Rasa hina dihadapan Allah Ta'ala.
Tawadhuk : Rasa rendah diri kepada Allah Ta'ala.
Sedikit ketawa & banyak menangis.
Zauq : Rasa kemanisan iman.
Jazbah : Tarikan iman anugerah dari Allah yang menyebabkan peningkatan iman secara mendadak.

Sifat keji

Mengumpat: bercerita kisah benar tentang seseorang yang mana jika diceritakan kepadanya akan membuatkannya marah.
Fitnah : Mengadakan cerita yang tidak benar tentang seseorang samada dihadapan atau dibelakangnya.
Ujub: Rasa hairan diri tiada dosa.
Riyak: Meninggalkan amal ibadah kerana bimbangkan makhluk berkata itu ini.
Syirik: Mengerjakan amal ibadah kerana makhluk.
Cinta dunia & takut mati.

Kesimpulan: Adakah kita rasakan sifat yang terpuji semakin menebal dalam hati kita (peningkatan iman) atau sifat terkeji yang semakin menguasai hati kita? (kemerosotan iman).


 Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP