ahlan wasahlan wamarbanbika ya Ramadhan


Alhamdulillah...
Insyaallah dalam masa x sampai 24 jam lagi kita akan menyambut bulan ramadhan yang Mulia..
bersediakah kita menghadapi bulan yang mulia ini..

Ana ambik kesempatan ini mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MENINGKATKAN AMALAN DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN...

Semoga ramadhan kali ini lebih baik bagi kita dan semoga kita bertemu dengan malam yang lebih lebat daripada 1000 malam..Malam Lailatul Qadar...

Kisah~

Asslamualaikum semua....

Insyaallah ana nak post pasai kisah nabi Sulaiman neh..harap sama-sama kita ambil iktibar yer....


NABI SULAIMAN DAN SEMUT

Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa memahami bahasa binatang. Dia bisa bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata.

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku karunia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; karuniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun? Sebesar biji gandum, jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya Nabi Sulaiman. Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah, jawab si semut. Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebagian sebagai bekal tahun berikutnya.

Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Mari sama-sama kita menghayatinya......

Tajasus

assamualaikum
lame jugak x update blog neh...
Alhamdulillah dapat jugak mengupdate blog neh....
hehe

Insyaallah pada hari ini kita lihat pula apa itu tajassus..
tahu x apa itu tajassus??

PENGENALAN & KONSEP

Tajassus adalah mengorek sesuatu berita. Dari segi bahasa, tajassus disebut juga sebagai jassa al-akhbar wa tajassasaha yang bermaksud mengorek sesuatuberita. Secara jelasnya dinyatakan bahawa bagi sesiapa sahaja yang mencuba, sedangdan telah mengorek sesuatu berita sama ada berita tersebut adalah berita umum mahupun rahsia, sesungguhnya orang tersebut telah ber

tajassus. Segala aktiviti tersebut dikira tajassus sekiranya mereka mengorek sebarang berita tidak kira samaada berita tersebut merupakan rahsia atau umum. Mereka juga boleh dikenali sebagai mata-mata atau pengintip.Seandainya sesuatu berita tersebut didapati atau diperoleh tanpa perlu mengorek atau menyelidik dengan lebih mendalam, maka hal tersebut tidak termasuk dalam tajassus. Hal ini demikian adalah kerana, sesuatu situasi itu hanya akan dikira sebagai tajassus sekiranya seseorang itu terpaksa mengorek dan mengkaji dengan lebih mendalam terlebih dahulu untuk memperoleh sesuatu berita tersebut terutamanyasekiranya berita tersebut merupakan sesuatu rahsia yang besar. Seseorang juga masih tidak dikira sebagai bertajassus juga sekiranya hanya mengumpul, menyebarkan danmenganalisis sesuatu berita tanpa termasuk unsur-unsur mengorek berita tersebut.Bagi seseorang yang mengumpulkan serta meneliti sesuatu berita yang bertujuan untuk disebarkan kepada masyarakat, mereka juga tidak tergolong sebagai orang yang bertajassus. Sebagai contoh, profesion sebagai wartawan akhbar, penulis buku serta biografi seseorang yang sering bekerja keras dalam mendapatkan maklumat bagi sesuatu isu atau berita untuk disampaikan kepada masyarakat umum masih tidak dikira bertajassus sungguhpun secara luarannya mereka dilihat seolah-olah mengorek cerita untuk dijadikan bahan tulisan. Hal ini demikian kerana, tujuan mereka mengorek berita tersebut adalah untuk disampaikan kepada masyarakat umum demikemaslahatan masyarakat bersama Namun, situasi mereka berbeza dengan situasi sesetengah individu yang profesionnya sebagai pengintip, mata-mata mahupun tali barut sesuatu badan atauorganisasi. Apa yang mampu dijelaskan di sini adalah sesiapa sahaja akan dikira bertajassus sekiranya mereka mengorek sesuatu berita dengan tujuan persendirian dan dengan niat menjatuhkan individu-individu mahupun sesebuah organisasi tertentu. Sebagai contoh, seorang mata-mata atau pengintip atau lebih sinonim dengan panggilan spy, menyamar sebagai salah seorang pekerja syarikat besar yang maju danpesat dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut sertamengkaji kelemahan syarikat demi bertujuan untuk menjatuhkan syarikat itu. Hal ini jelas menunjukkan seseorang yang merupakan mata-mata atau pengintip telah bertajassus. Aktiviti perisikan tersebut amat bersesuaian sekali dengan konsep tajassus yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Hukum tajassus boleh diklasifikasikan kepada tiga hukum iaitu HARAM , JAIZ dan WAJIB. Hukum tersebut telah ditetapkan berdasarkan kepada siapa yang dimata-matai atau diintip bagi mengorek sesuatu maklumat. Allah jelas berfirman di dalam Al-Quran mengenai pengharaman ber tajassus berdasarkan ayat 12 surah Al-Hujurat (49:12) seperti berikut : Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip ataumencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentukamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) danbertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi MahaMengasihani´. Selain dalil yang dinyatakan, Rasulullah turut menguatkan lagi hukumpengharaman bertajassus dengan sabda baginda yang bermaksud :-

"..Janganlah kamu saling memata-matai, janganlah kamu saling menyelidik,janganlah kamu saling berlebih-lebihan, janganlah kamu saling berbuat kerosakan...

" [HR .Ibnu Majah dari Abu Hurairah, lihat hadis-hadis senada dalam Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, surat al-Hujuraat [49]:12, semisal riwayat Imam Malik dari Abu Hurairah].

Nabi Muhammad s.a.w turut bersabda yang bermaksud :-

"Sungguh, seorang amir (pemimpin) akan menderhaka kepada rakyatnya, bila iamemburu kecurigaan pada mereka." [HR. Abu Dawud dari Abu Umamah].

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w turut bersabda :-

"Dirahmatilah kiranya orang yang begitu sibuk dengan kesalahan dirinya sendiri,sehingga ia tidak peduli dengan kesalahan orang lain.

" [HR.al-Bazaar, dari Anas] . Islam juga sangat mencela seseorang yang suka mencampuri urusan orang lainyang tidak ada sangkut paut dengannya. Hal tersebut telah dijelaskan oleh Rasulullahs.a.w dalam sabda baginda :-

"Di antara hal yang menyempurnakan keislaman seseorang adalah iameninggalkan masalah-masalah yang tak memiliki sangkut paut dengan dirinya.

" [HR.Tirmidzi dalam sahih at-Tirmidzi] .

Di samping itu juga, Rasulullah turut bersabda bagi menekankan lagi hukum haram bertajassus dalam Islam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Orang yang biasa mencuri-curi dengar tidak akan masuk syurga.

" [HR. Bukhari dari Huzaifah, Imam Muslim, Abu Daud, Ahmad, dan Daruqutniy].

Firman Allah di dalam Al-Quran serta Hadith yang telah dinyatakan amat jelas sekali menunjukkan pengharaman bertajassus

dalam Islam. Islam mengharamkan semua aktiviti berkaitan mengintip, mengorek berita dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain yang merupakan aktiviti wajib dalam operasi mengintip. Oleh sebab itulah mengapa orang yang mengintip dikira sebagai ber

tajassus dan sekali gus haram hukumnyasecara mutlak. Selain itu juga, dalam menjelaskan lagi hukum haram bertajassus

tersebut, Islam turut menolak sebarang bukti yang diperoleh dengan jalan tajassus iaitu melalui perisikan dan melalui mata-mata. Ia sangat jauh berbeza dengan orang-orang kafir di barat yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan detektif serta mata-mata dalam mencari bukti untuk dikemukakan di muka pengadilan untuk mensabitkan kesalahan pihak tertuduh. Hal ini sangat berbeza dengan undang-undang Islam yang menolak segala bukti yang didapati dari segala aktiviti berkaitan perisikan. Hal iniberdasarkan dalil riwayat dari Al-Amasy bin Zaid, beliau menceritakan bahawa Al-Walidbin µUqbah dihadapkan kepada Ibnu Masuud serta dituduh ketahuan terdapat titisan khamr di janggutnya. Lantas Ibnu Masµud berkata Kita dilarang memata-matai, tetapi bila terdapat bukti yang nampak, kita akan menggunakannya.´ Seterusnya, hukum bertajassus turut haram terhadap kafir zimmi yang menjadi warga negara di Daulah Khilafah. Hal ini adalah kerana kedudukan mereka setara dengan kaum Muslim, sehingga seorang Muslim dilarang (diharamkan) memata-matai atau mengintip mereka. Namun, berbeza dengan hukum memata-matai atau mengintip kafir harbiy (kafir yang harus diperangi), baik yang kafir harbiy hakiki,mahupun hukman, hukumnya adalah jaiz (boleh) bagi seorang Muslim, atau sekelompok kaum Muslimin, namun wajib bagi negara (Daulah Khilafah), baik yang kafir harbiy yang berada di dalam Daulah Khilafah Islamiyyah, mahupun yang berada dinegaranya sendiri. Dalil bagi hukum tersebut jelas berdasarkan riwayat yang disebut dalam Sirah IbnuHisham, bahawa Rasulullah pernah mengutus 'Abdullah bin Jahsiy bersama 8 orang dari kalangan Muhajirin. Kemudian Rasulullah memberikan sebuah surat kepada'Abdullah bin Jahsiy, dan baginda menyuruhnya agar tidak melihat isinya. Dia hanya dibolehkan membuka surat itu setelah berjalan kira-kira 2 hari lamanya. Selanjutnyamereka bergegas pergi. Setelah menempuh perjalanan selama dua hari, barulah'Abdullah bin Jahsiy membuka surat, dan membaca isinya. Isi kandungannya adalah,

"Jika engkau telah melihat suratku ini, berjalanlah terus hingga sampai kebun kurma antara Mekah dan Tha'if, maka intailah orang-orang Quraisy, dankhabarkanlah kepada kami berita tentang mereka (orang Quraisy)." Dalam surat tersebut, Rasulullah memerintah 'Abdullah bin Jahsiy untuk memata-matai (mengintip) orang Quraisy, dan mengkhabarkan berita tentang mereka kepada baginda. Akan tetapi, baginda memberikan pilihan kepada para sahabat yang lain samaada untuk mengikut 'Abdullah bin Jahsiy atau tidak. Akan tetapi, Rasulullah menghendaki 'Abdullah bin Jahsiy untuk terus berjalan hingga sampai ke kebun kurma antara Mekah dan Tha'if, dan memata-matai (mengintip) orang Quraisy. Riwayat ini menyatakan bahawa Rasulullah Saw, telah meminta Sahabat untuk melakukan aktiviti perisikan, yakni wajib hukumnya bagi 'Abdullah bin Jahsiy, namun sahabat yang lain diberi dua pilihan, iaitu sama ada mengikut Abdullah bin Jahsiy atau tidak. Dengan demikian, tuntutan untuk melakukan perisikan bagi amir jemaah yakni Abdullah bin Jahsiy (dinisbahkan sebagai nagara) adalah pasti sehingga membawakepada hukum wajib sedangkan, bagi kaum Muslimin pula tuntutannya tidak pasti yang membawa hukum dibolehkan (jaiz). Hadith ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa undang-undang memata-matai (mengintip) kafir harbiy adalah wajib bagi negara,sedangkan bagi kaum Muslimin adalah jaiz (dibolehkan) sahaja.

Ghibah

Assalamualaikum semua...

agak-agak la kan antum semua taw ape maksud ghibah?
bag yang dah taw bolehlah kita kongsi2 ilmu tu yer....
bagi yang xtahu lagi, harap bace hehe


Definisi mengumpat/ghibah

Menceritakan perihal seseorang yang menjadikan dia marah atau benci apabila mendengarnya sendiri atau apabila yang kita katakan itu disampaikan oleh orang lain kepadanya. Perkara yang diumpatkan itu selalunya berhubung dengan kekurangan atau keburukan yang ada pada dirinya.

Mengumpat boleh dilakukan dengan berbagai cara. Dengan hati, dengan perkataan lisan, dengan tulisan, dengan isyarat etc.

Firman Allah Ta'all yang bermaksud:
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat: 12)

Hadith RasuluLlah saw: "Mengumpat ialah apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya" (HR Muslim)

Hukum mengumpat

Pada umumnya mengumpat hukumnya haram. Dalam keadaan tertentu hukumnnya harus (sila rujuk keterangan di bawah).

Siapa yang terlibat dengan dosa mengumpat:
1. Pengumpat
2. Penyampuk
3. Pendengar
4. Pengangguk
5. Penyampai
6. Dan sesiapa yang berkenaan, dan dia redha

Dalam keadaan tertentu, mengumpat adalah dibolehkan, dalam agama.

Alasan-alasan mengumpat dibolehkan:

Ketahuilah bahawasanya jika tiada jalan lain untuk mencapai sesutau tujuan yang betul menurut yang dibenarkan oleh syariat Islam, melainkan dengan menyebut-nyebut keburukan-keburukan orang lain, maka dalam hal yang seumpama ini dibenarkan mengumpat, dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.

Mengumpat dibenarkan dalam beberapa perkara saja, iaitu:

Pertama: Bila berlaku penganiayaan, seperti seorang yang terzalim mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya. Dalam hal serupa ini, tidak mungkin jelas perkaranya, melainkan dengan menyebut dan menerangkan keburukan-keburukan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesunguhnya orang yang mempunyai hak itu, boleh mengucapkan alasan.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi:

“Menahan hak orang adalah suatu penganiayaan bagi orang kaya.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Kedua: Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seorang ashi (derhaka) ke jalan kebaikan.

Ketiga: Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam agama. Misalnya ia berkata kepada Tuan Mufti: Ayah saya telah menganiaya saya, ataupun isteri saya atau saudara saya telah menzalimi saya. Dikatakan begitu setelah terlebih dulu mengatakan secara sindiran atau dengan membuat alasan-alasan, tetapi Tuan Mufti masih belum faham. Ketika itu barulah dikatakan dengan terang-terangan.

Hal ini berdasarkan kepada suatu riwayat dari Hindun binti Utbah, bahwasanya ia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya Abu Sufyan itu (suaminya) adalah seorang yang amat pelokek. Ia tiada memberiku untuk keperluanku dan keperluan anakku dengan secukup-cukupnya. Maka sabda Rasulullah s.a.w.: Ambillah apa yang cukup untuk keperluanmu dan keperluan anakmu secara adil.

Dalam peristiwa di atas, Hindun telah menyatakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kekikiran suaminya dan ketidak-adilannya terhadapa dirinya dan anaknya dalam persoalan nafkah. Nabi tidak melarangnya dari berkata begitu, sebab maksud Hindun ialah bertanyakan hukum.

Keempat: Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan. Misalnya: Jika anda mengetahui sesorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Ataupun orang yang cuba membuktikan dirinya benar di hadapan pun orang yang diminta fikirannya dalam perkahwinan, lalu ia menyebut keburukan orang yang meminang. Ataupun menyatakan keaiban seseorang, agar amanat tiada diserahkan kepadanya atau seumpamanya dengan menyatakan apa-apa yang diketahuinya dengan benar atas tujuan menasihat, bukan kerana memburuk-burukkan atau menjatuhkan namanya di hadapan orang lain.

Kelima: Bila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si fulan yang tempang atau yang buta. Maka dalam hal serupa ini, tiadalah dilarang menyebutkannya, kerana itu mustahak disebutkan supaya orang mengenalinya. Begitu juga sebab panggilan itu sudah menjadi kebiasaan, orang yang berkenaan tidak mungkin marah lagi, kerana ia telah termasyhur dengan gelaran itu. Walau bagaimanapun, sekiranya dapat diubah dengan gelaran lain, atau panggilan yang lebih baik, dan senang pula disebarkan kepada orang ramai, maka itulah yang lebih dan senang pula disebarkan kepada orang ramai, maka itulah yang lebih baik dan utama. Oleh kerana itu pernah orang buta dipanggil dan digelar dengan si celik untuk menghindarkannya dari sifat kekurangan itu.

Keenam
: Bila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu, maka terhadap orang ini tidaklah terlarang lagi melemparkan ghibah atau pengumpatan, disebabkan kelakuannya yang menentang itu.

MAdah PUjanggga

dunia ini ibarat pentas lakonan,

manusia itulah pelakon dan pengarah utama,

Al-Quran dan As Sunnah itulah scriptnya,

malaikat itulah jurugambarnya,

Islam itu jalan ceritanya,

kiamat itulah kesudahan penggambaran,

padang mahsyar tempat penganugerahannya,

Rasulullah adalah penerima anugerah terbaiknya,

Allah Taala adalah hakimnya,

syurga atau neraka adalah trofinya,

Sedarlah!!!

Assalamualaikum bloggers!
Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat sentiasa. Ana kat sini sihat2 saja. lama jugak la ana x update blog neh. Nak kat sibuk sangat tu xde pown haha, rasenyer malas kowt haha......

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana ana masih diberi kekuatan untuk hidup dalam dunia yang fana' nih. Banyak perkara lagi yang perlu ana belajar. Banyak lagi ilmu yang ana kena timba. Dunia hari ini makin tua, dia tua dek tangan manusia yang tidak pernah puas dengan hawa nafsunya.

Hurm ana nak cerita la mase ana naek moto YAMAHA TENG-TENG ana, tengah sedap drive tu, ana tengok minyak ciput sudah..lalu ana ambil inisiatif untuk isi minyak di stesen minyak berdekatan..

tengah elok mengisi minyak tu ana nampak la kelibat seorang wanita la yang hanya berseluarkan tied wanita dan baju kemeja...HAISH APE SEMUA NIH!!!!!! ISLAM ADE AJAR KER!!!

xtaw la nak kate ape lagi dah..dier keluar dengan teman lelaki dier, bertambah2 dosa, keluar dengan orang yang bukan muhrim, berpakaian sendat hingga menampakkan segala susuk tubuh, tidak menutup aurat..manusia sekarang kebanyakannya telah rosak banyak perkara kejahatan atau kemungkaran dipertahankan atau diagungkan manakala perkara kebaikan atau mahmudah neh disisihkan atas alasan tidak sesuai dengan peredaran zaman la, kolot la macam2 lagi....

ana harap sangat la orang tu sedar ape yang telah dier lakukan, mungkin dia x paham sepenuhnya agama Islam itu sendiri, ana berdoa sangat2 supaya manusia dan manusia seangkatan dengannya sedar dan mendapat hidayah daripada Allah Taala..

7 tanda

  1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawasemasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Kawan-kawan, syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yangt telah dikumpulkan. Siksa api neraka amatlah pedih.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

TAKLID

assalamualaikum....
ape habaq semua?
semoga dalam redha Allah hendaknya....
lme jugak la ana x update blog neh...ana just nak kongsi sedikit berkaitan dengan taklid.

APA ITU TAKLID?

DEFINISI TAQLID


Taqlid dari segi bahasa diambil daripada perkataan al-qiladah
القلادة, iaitu sesuatu yang diletakkan di leher. Ia boleh didefinisikan sebagai kalung atau rantai yang digantung di leher ( Amir Abd Aziz 1997 : 770 ).


Manakala dari segi istilah pula, terdapat beberapa pengertian taqlid. Antaranya ialah:


1- Nukilan daripada al-Imam al-Ghazali pula mentakrifkan taqlid sebagai menerima sesuatu pendapat tanpa mengetahui alasan atau hujah ( al-Ghazaliyy 1997 : 542 ).


2- Nukilan daripada Ibn al-Humam pula, taqlid bermaksud mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah atau dalil ( Amir Abd Aziz 1997 : 770 ).


3- Manakala menurut jumhur ulama usul, taqlid diertikan sebagai mengikuti perkataan atau perbuatan orang lain tanpa meneliti dalilnya atau penerimaan hukum-hukum daripada seorang imam tertentu ( Amir Abd Aziz 1997 : 772 ).


Di samping itu juga taklid menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 : 1349 ) pula ialah:


1- Pegangan pada pendapat ahli hukum yang terdahulu.


2- Percaya sepenuhnya kata-kata orang, menurut ( meniru dan meneladani orang lain ).


3- Buta dan hanya menurut ( mengikut ) sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP