Tajasus

assamualaikum
lame jugak x update blog neh...
Alhamdulillah dapat jugak mengupdate blog neh....
hehe

Insyaallah pada hari ini kita lihat pula apa itu tajassus..
tahu x apa itu tajassus??

PENGENALAN & KONSEP

Tajassus adalah mengorek sesuatu berita. Dari segi bahasa, tajassus disebut juga sebagai jassa al-akhbar wa tajassasaha yang bermaksud mengorek sesuatuberita. Secara jelasnya dinyatakan bahawa bagi sesiapa sahaja yang mencuba, sedangdan telah mengorek sesuatu berita sama ada berita tersebut adalah berita umum mahupun rahsia, sesungguhnya orang tersebut telah ber

tajassus. Segala aktiviti tersebut dikira tajassus sekiranya mereka mengorek sebarang berita tidak kira samaada berita tersebut merupakan rahsia atau umum. Mereka juga boleh dikenali sebagai mata-mata atau pengintip.Seandainya sesuatu berita tersebut didapati atau diperoleh tanpa perlu mengorek atau menyelidik dengan lebih mendalam, maka hal tersebut tidak termasuk dalam tajassus. Hal ini demikian adalah kerana, sesuatu situasi itu hanya akan dikira sebagai tajassus sekiranya seseorang itu terpaksa mengorek dan mengkaji dengan lebih mendalam terlebih dahulu untuk memperoleh sesuatu berita tersebut terutamanyasekiranya berita tersebut merupakan sesuatu rahsia yang besar. Seseorang juga masih tidak dikira sebagai bertajassus juga sekiranya hanya mengumpul, menyebarkan danmenganalisis sesuatu berita tanpa termasuk unsur-unsur mengorek berita tersebut.Bagi seseorang yang mengumpulkan serta meneliti sesuatu berita yang bertujuan untuk disebarkan kepada masyarakat, mereka juga tidak tergolong sebagai orang yang bertajassus. Sebagai contoh, profesion sebagai wartawan akhbar, penulis buku serta biografi seseorang yang sering bekerja keras dalam mendapatkan maklumat bagi sesuatu isu atau berita untuk disampaikan kepada masyarakat umum masih tidak dikira bertajassus sungguhpun secara luarannya mereka dilihat seolah-olah mengorek cerita untuk dijadikan bahan tulisan. Hal ini demikian kerana, tujuan mereka mengorek berita tersebut adalah untuk disampaikan kepada masyarakat umum demikemaslahatan masyarakat bersama Namun, situasi mereka berbeza dengan situasi sesetengah individu yang profesionnya sebagai pengintip, mata-mata mahupun tali barut sesuatu badan atauorganisasi. Apa yang mampu dijelaskan di sini adalah sesiapa sahaja akan dikira bertajassus sekiranya mereka mengorek sesuatu berita dengan tujuan persendirian dan dengan niat menjatuhkan individu-individu mahupun sesebuah organisasi tertentu. Sebagai contoh, seorang mata-mata atau pengintip atau lebih sinonim dengan panggilan spy, menyamar sebagai salah seorang pekerja syarikat besar yang maju danpesat dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut sertamengkaji kelemahan syarikat demi bertujuan untuk menjatuhkan syarikat itu. Hal ini jelas menunjukkan seseorang yang merupakan mata-mata atau pengintip telah bertajassus. Aktiviti perisikan tersebut amat bersesuaian sekali dengan konsep tajassus yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Hukum tajassus boleh diklasifikasikan kepada tiga hukum iaitu HARAM , JAIZ dan WAJIB. Hukum tersebut telah ditetapkan berdasarkan kepada siapa yang dimata-matai atau diintip bagi mengorek sesuatu maklumat. Allah jelas berfirman di dalam Al-Quran mengenai pengharaman ber tajassus berdasarkan ayat 12 surah Al-Hujurat (49:12) seperti berikut : Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip ataumencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentukamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) danbertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi MahaMengasihani´. Selain dalil yang dinyatakan, Rasulullah turut menguatkan lagi hukumpengharaman bertajassus dengan sabda baginda yang bermaksud :-

"..Janganlah kamu saling memata-matai, janganlah kamu saling menyelidik,janganlah kamu saling berlebih-lebihan, janganlah kamu saling berbuat kerosakan...

" [HR .Ibnu Majah dari Abu Hurairah, lihat hadis-hadis senada dalam Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, surat al-Hujuraat [49]:12, semisal riwayat Imam Malik dari Abu Hurairah].

Nabi Muhammad s.a.w turut bersabda yang bermaksud :-

"Sungguh, seorang amir (pemimpin) akan menderhaka kepada rakyatnya, bila iamemburu kecurigaan pada mereka." [HR. Abu Dawud dari Abu Umamah].

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w turut bersabda :-

"Dirahmatilah kiranya orang yang begitu sibuk dengan kesalahan dirinya sendiri,sehingga ia tidak peduli dengan kesalahan orang lain.

" [HR.al-Bazaar, dari Anas] . Islam juga sangat mencela seseorang yang suka mencampuri urusan orang lainyang tidak ada sangkut paut dengannya. Hal tersebut telah dijelaskan oleh Rasulullahs.a.w dalam sabda baginda :-

"Di antara hal yang menyempurnakan keislaman seseorang adalah iameninggalkan masalah-masalah yang tak memiliki sangkut paut dengan dirinya.

" [HR.Tirmidzi dalam sahih at-Tirmidzi] .

Di samping itu juga, Rasulullah turut bersabda bagi menekankan lagi hukum haram bertajassus dalam Islam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Orang yang biasa mencuri-curi dengar tidak akan masuk syurga.

" [HR. Bukhari dari Huzaifah, Imam Muslim, Abu Daud, Ahmad, dan Daruqutniy].

Firman Allah di dalam Al-Quran serta Hadith yang telah dinyatakan amat jelas sekali menunjukkan pengharaman bertajassus

dalam Islam. Islam mengharamkan semua aktiviti berkaitan mengintip, mengorek berita dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain yang merupakan aktiviti wajib dalam operasi mengintip. Oleh sebab itulah mengapa orang yang mengintip dikira sebagai ber

tajassus dan sekali gus haram hukumnyasecara mutlak. Selain itu juga, dalam menjelaskan lagi hukum haram bertajassus

tersebut, Islam turut menolak sebarang bukti yang diperoleh dengan jalan tajassus iaitu melalui perisikan dan melalui mata-mata. Ia sangat jauh berbeza dengan orang-orang kafir di barat yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan detektif serta mata-mata dalam mencari bukti untuk dikemukakan di muka pengadilan untuk mensabitkan kesalahan pihak tertuduh. Hal ini sangat berbeza dengan undang-undang Islam yang menolak segala bukti yang didapati dari segala aktiviti berkaitan perisikan. Hal iniberdasarkan dalil riwayat dari Al-Amasy bin Zaid, beliau menceritakan bahawa Al-Walidbin µUqbah dihadapkan kepada Ibnu Masuud serta dituduh ketahuan terdapat titisan khamr di janggutnya. Lantas Ibnu Masµud berkata Kita dilarang memata-matai, tetapi bila terdapat bukti yang nampak, kita akan menggunakannya.´ Seterusnya, hukum bertajassus turut haram terhadap kafir zimmi yang menjadi warga negara di Daulah Khilafah. Hal ini adalah kerana kedudukan mereka setara dengan kaum Muslim, sehingga seorang Muslim dilarang (diharamkan) memata-matai atau mengintip mereka. Namun, berbeza dengan hukum memata-matai atau mengintip kafir harbiy (kafir yang harus diperangi), baik yang kafir harbiy hakiki,mahupun hukman, hukumnya adalah jaiz (boleh) bagi seorang Muslim, atau sekelompok kaum Muslimin, namun wajib bagi negara (Daulah Khilafah), baik yang kafir harbiy yang berada di dalam Daulah Khilafah Islamiyyah, mahupun yang berada dinegaranya sendiri. Dalil bagi hukum tersebut jelas berdasarkan riwayat yang disebut dalam Sirah IbnuHisham, bahawa Rasulullah pernah mengutus 'Abdullah bin Jahsiy bersama 8 orang dari kalangan Muhajirin. Kemudian Rasulullah memberikan sebuah surat kepada'Abdullah bin Jahsiy, dan baginda menyuruhnya agar tidak melihat isinya. Dia hanya dibolehkan membuka surat itu setelah berjalan kira-kira 2 hari lamanya. Selanjutnyamereka bergegas pergi. Setelah menempuh perjalanan selama dua hari, barulah'Abdullah bin Jahsiy membuka surat, dan membaca isinya. Isi kandungannya adalah,

"Jika engkau telah melihat suratku ini, berjalanlah terus hingga sampai kebun kurma antara Mekah dan Tha'if, maka intailah orang-orang Quraisy, dankhabarkanlah kepada kami berita tentang mereka (orang Quraisy)." Dalam surat tersebut, Rasulullah memerintah 'Abdullah bin Jahsiy untuk memata-matai (mengintip) orang Quraisy, dan mengkhabarkan berita tentang mereka kepada baginda. Akan tetapi, baginda memberikan pilihan kepada para sahabat yang lain samaada untuk mengikut 'Abdullah bin Jahsiy atau tidak. Akan tetapi, Rasulullah menghendaki 'Abdullah bin Jahsiy untuk terus berjalan hingga sampai ke kebun kurma antara Mekah dan Tha'if, dan memata-matai (mengintip) orang Quraisy. Riwayat ini menyatakan bahawa Rasulullah Saw, telah meminta Sahabat untuk melakukan aktiviti perisikan, yakni wajib hukumnya bagi 'Abdullah bin Jahsiy, namun sahabat yang lain diberi dua pilihan, iaitu sama ada mengikut Abdullah bin Jahsiy atau tidak. Dengan demikian, tuntutan untuk melakukan perisikan bagi amir jemaah yakni Abdullah bin Jahsiy (dinisbahkan sebagai nagara) adalah pasti sehingga membawakepada hukum wajib sedangkan, bagi kaum Muslimin pula tuntutannya tidak pasti yang membawa hukum dibolehkan (jaiz). Hadith ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa undang-undang memata-matai (mengintip) kafir harbiy adalah wajib bagi negara,sedangkan bagi kaum Muslimin adalah jaiz (dibolehkan) sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP