TAKLID

assalamualaikum....
ape habaq semua?
semoga dalam redha Allah hendaknya....
lme jugak la ana x update blog neh...ana just nak kongsi sedikit berkaitan dengan taklid.

APA ITU TAKLID?

DEFINISI TAQLID


Taqlid dari segi bahasa diambil daripada perkataan al-qiladah
القلادة, iaitu sesuatu yang diletakkan di leher. Ia boleh didefinisikan sebagai kalung atau rantai yang digantung di leher ( Amir Abd Aziz 1997 : 770 ).


Manakala dari segi istilah pula, terdapat beberapa pengertian taqlid. Antaranya ialah:


1- Nukilan daripada al-Imam al-Ghazali pula mentakrifkan taqlid sebagai menerima sesuatu pendapat tanpa mengetahui alasan atau hujah ( al-Ghazaliyy 1997 : 542 ).


2- Nukilan daripada Ibn al-Humam pula, taqlid bermaksud mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah atau dalil ( Amir Abd Aziz 1997 : 770 ).


3- Manakala menurut jumhur ulama usul, taqlid diertikan sebagai mengikuti perkataan atau perbuatan orang lain tanpa meneliti dalilnya atau penerimaan hukum-hukum daripada seorang imam tertentu ( Amir Abd Aziz 1997 : 772 ).


Di samping itu juga taklid menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 : 1349 ) pula ialah:


1- Pegangan pada pendapat ahli hukum yang terdahulu.


2- Percaya sepenuhnya kata-kata orang, menurut ( meniru dan meneladani orang lain ).


3- Buta dan hanya menurut ( mengikut ) sahaja

2 comments:

Anonymous said...

gud in4mation..=)

syakir said...

hurm alhamdulillah syukran2....
^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP