kelebihan berzikir dan membaca Al-Quran

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

renungan





Okay² berbalik pada tajuk Oh! Syaitan Menyesatkan Manusia ni, ana  nak share dengan antum pasal reaksi Syaitan a.k.a Iblis ni apabila kita semua (Umat-umat ISLAM) menyebarkan sesuatu yang disukai ALLAH S.W.T. Agak² korang macam mana? Hehehe, kalau ada silap & salah dalam post ni, tolong bagi tahu ana ye. ana kurang pandai sangat bab² agama ni, cuma nak share apa yang kawan ana  share dalam Facebook tu.

1) Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2) Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3) Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4) Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang.
5) Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke.


Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya dengan berkata, “Jangan sebarkan, kerana ia tidak penting langsung!”

Tolong SEBARKAN post ini kepada umat-umat ISLAM kita yang lain, jangan dengar bisikan syaitan yang mencegah anda dari berkongsi post ini bersama saudara² Islam anda yang lain. Syaitan itu adalah penyesat manusia, dan Al-Quran adalah panduan hidup kita.
والله أعلم بالصواب
Sumber asal: http://www.ohsyok.com/

Setahun Setengah berlalu



hampir setahun setengah berlalu...

ana hidup di bumi barakah IPG Kampus Ipoh
Banyak juga perkara yang telah ana hadapi
segala rintangan,dugaan dan cabaran..
dalam mencapai target seorang guru..
untuk mendidik anak bangsa..
akhir zaman..

hampir setahun setengah berlalu..
selama hidup 19 tahun..
berapa banyak amal yang telah ana lakukan?
berapa banyak kebajikan yang telah ana hulurkan..
berapa banyak titis keringat ana jatuh ke bumi..
demi menghulurkan bantuan kepada sesiapa pun..

hampir setahun setengah berlalu..
adakah ana mampu menjadi seorang cikgu dedikasi
sedangkan diri masih belum terisi..
dengan ilmu yang bermanfaat...
kalau ada ilmu pun...
tak diamalkan tiada gunanya...
masa yang ada dibuang begitu sahaja...
masa yang ada terbiar hilang di pandangan mata...

Sedarlah!! sedarlah !!
Wahai Muhammad Syakir b. Abdullah
hidup mu bukannya sia-sia...
jangan kamu sia-siakannya...
penuhkanlah ia dengan amal ibadat 
kerana itulah kamu dilahirkan di muka bumi ini...
Allab berfirman tidak aku jadikan kamu semua 
melainkan hanya untuk beribadat kepada aku..
Jangan gunakan segala anggota tubuh kamu...
ke arah maksiat..
tetapi gunakanlah ia sebagai satu wadah untuk kamu 
menyebarkan dakwah untuk manusia..
yang telah terlupa...

Test ARAB?

assalamualaikum semua...
alhamdulillah ana mempunyai kesempatan untuk mengupdate blog setelah terlepas daripada kekangan assigment. Banyak yang ana telah pelajari selama ana hidup 19 tahun neh..

Hurm....
Insyaallah x lama lagi ana akan melangkah ke tahun degree yang mana ada ura-ura mengatakan sem yang akan datang neh lebih taf atau lebih susah jika dibandingkan dengan sem yang akan lepas. Banyak perkara yang perlu diselesaikan failnyer, assigmnet yang lebih pening, PBS dan macam-macam benda alah yang perlu ana hadapi. Oleh itu ana memohon doa daripada antum semua semoga ana dapat menjalani sem yang akan datang dengan lebih baik lagi....

Sem neh x abeh lagi dah cite sem depan? Insyaallah dugaan yang paling hampir yang bakal dilalui ialah test b. arab. Boleh ke ana buat neh. kene buat karangan dalam b.arab. hurm xtaw la cane nanti, harap-harap semua akan berlaku baik2 sahaja...hehe

sedikit gambaran kehidupan kat sini..


semoga kita dapat hidup dalam dunia yang Allah kurniakan dan semoga kita dapat mencapai apa yang kita hajatkan. ameen~



*Realiti*

Mentadak (praying-mantis) adalah satu-satunya serangga yang boleh memusingkan 

kepalanya!

*Saiz telur burung kiwi adalah sama dengan saiz seekor burung kiwi dewasa!

*Apabila anak tikus dilahirkan, kulitnya adalah lutsinar sehingga anda boleh melihat susu 

mengalir didalam badannya semasa anak tikus itu menyusu!

*Cacing akan bertumbuh kembali apabila ia putus!

*Lebah boleh menarik benda yang 300 kali lebih berat dari beratnya sendiri!

*Gajah tidak boleh melompat. Mamalia lain semua boleh melompat!

*Menurut rekod, ayam yang terbang paling lama ialah 13saat!

*Beruang kutub itu kidal!

*Singa mengawan lebih dari 50 kali sehari!

*Rama-rama merasa dengan kaki mereka!

*Lembu hanya tidur 3 jam sehari! (siapa kata lembu malas?)

*Unta boleh hidup di padang pasir tanpa minum selama hampir 3 bulan.

*Unta mempunyai tiga kelopak mata untuk melindungi diri mereka dari di tiup pasir!

*Kedudukan mata di kepala keldai membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap

 masa!

*Mulut anjing adalah 200 kali lebih bersih dari mulut manusia!

*Kepandaian burung kakak tua adalah sama dengan kepandaian seorang budak berumur 5

 tahun!

*Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka!

*Burung hantu adalah satu-satunya spesis burung yang tidak nampak warna biru!

*Lipas boleh hidup selama 9 hari tanpa kepalanya sebelum ia mati sebab kelaparan!

*Buaya tidak boleh menjelirkan lidahnya!

*Jantung udang berada di dalam kepalanya!

*Bilangan ayam adalah lebih banyak dari manusia di dalam dunia ini!

*Hanya nyamuk betina yang menghisap darah

bersama hayati~



Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Email dari hamba Allah :)

Dunia Sekarang~



Assalamualaikum semua apa habaq?
semoga dalam rahmat Allah hendaknya..
Insyallah ana hari nak berkongsi sedikit cerita..haha

ana nak tanye perkaitan tajuk dengan lagu di atas??haha
tenangkan fikiran, kosongkan minda, tetapkan hati, sucikan diri,
cube renungkan, cube amati, cuba fikirkan apa dier perkaitan tajuk  dengan video di atas?
haha...fikir-fikirkanlah

hurm itulah realiti zaman sekarang...
cinta berputik hanya di hujung jari saja..
cinta berputik di laman-laman sosial yang kadang-kadang tak kenal langsung sapa pemilik akaun laman sosial tersebut...
CINTA MUKA BUKU.....
hahaa

kalau diikutkan banyak keburukan berbanding kebaikan dalam hal ini...
Islam hanya membenarkan cinta selepas bernikah yang sah..
dunia sekarang berbanding dahulu...
hahaa...
Teknologi zaman sekarang

hurm semoga kita sama-sama berdoa agar kita tidak terjebak dalam dosa-dosa besar..
apa yang pasti dosa-dosa besar itu datangnya daripada kebanyakan dosa-dosa kecil yang kita lakukan 
apa yang baik kita amalkan, apa yang buruk sama-sama kita jauhkan....

SALAM UKKHUWAH!


salam~

assalamualaikum.....
apa habaq bloggers semua.....
apa habaq iman di dada....
iman ana semakin hari semakin rasa kurang di dada....

alhamdulillah kita telah selamat menjalani madrasah ramadhan yang telah meninggalkan kita lebih kurang tiga hari...kita pown sudah selamat menyambut hari kemenangan kita hari raya aidilfitri.....banyak cabaran kita telah lalui...semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang kita hidup.....

hari raya aidilfitri sudah masuk hari ketiga..bagaimana kita memanfaatkan apa yang kita pelajari dalam madrasah ramadhan...adakah kita praktikkan segala apa yang kita pelajari apa yang kita selami sepanjang kita dalam madrasah ramdhan...kita tengok dunia sekarang semakin hari semakin dipenuhi maksiat...kalau diikutkan orang sekarang tidak heran dengan maksiat malah hairan dengan perkara kebaikan yang ada pada sekarang..

harap kita dapat praktikkan apa yang kita belajar dan apa yang kita dalami sepanjang dalam madrasah ramadhan..nasihat ini ditujukan buat diri ana yang lemah dan anda sekalian....

    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP