taubatKu


alhamdulillah~
hanya tinggal 2 hari lagi madrasah ramadahan akan meninggalkan kita...ana berasa sungguh sayu meskipun ana masih lagi dalam madrasah ramadhan ini banyak lagi kelemahan yang diri ana sendiri tidak mampu atasi...ana pohon pada Allah supaya mengampuni segala-segala dosa yang pernah ana lakukan..ana hanya hamba Allah yang hina...ana tidak mampu mengharungi segala-segal liku2 hidup ini tanpa petunjuk daripadaNya..Ya Allah pabila Madrasah ramadhan telah meniggalkan daku dan umat Islam yang lain.. ana berharap sangat madrasah ramadhan kali ini akan meninggalkan kesan yang sungguh baik dalam hidup ana supaya dapat mengharungi liku2 hidup selepas keluar daripada madrasah ramadhan ini...Ya Allah. ya tuhan kami...pertemukan kami dengan madrasah ramadhan yang akan datang.. banyak lagi perkara yang perlu kami perbaiki..andai kau tidak mengizinkan kami redha tetapi jadikan ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kami.. Ya Allah andai hari esok ada lagi bagi kami...kami memohon kau terima segala ibadat kami..andai hari esok tiada lagi bagi kami..matikan kami dalam IMAN..Ya Allah tempatkan kami bersama para shuhadaMu Ya Rabb.... Ya Allah kau hancurkan para musyrikin Ya Allah...Kau Hancurkan kafir laktunallah..kau berilah hidayah kepada mereka Ya Allah...Kami mengharapkan redhaMu Ya Allah.. Kami hambaMu yang lemah..dunia sekarang semakin hari semakin penuh dengan kemaksiatan...sedangkan penulis sendiri terjebak dalam kancah maksiat tersebut...Ya Allah kami pohon padaMu Ya Allah.. Jauhkan kami dari sebarang kemaksiatan Ya Allah..Jauhkan kami daripada lembah kemaksiatan Ya Allah..kami hamba yang lemah Ya Allah...Bantu kami...bantu kami Ya Allah...kau maha Pengampun lagi maha Penyayang..Ya Allah....

Menutup pintu maksiat

Alhamdulillah…

Semakin hari semakin terasa bahang Hari Raya Aidilfitri….

Agak lame la x mengupdate blog neh disebabkan kekangan assigmnet yang berlambak dan merunsingkan…syukur pada tuhan time neh dah relax sket…..

Ana nak kongsi2 cket neh…..

Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Setiap manusia yang sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering melakukan kesalahan adalah yang sering bertaubat kepadaNya”. Riwayat al-Tarmizi

Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip di bawah diharap dapat membantu, Insyaallah

1. Ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah

Inilah perkara yang paling utama. Jika seorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah, Allah pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerana ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada Nya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.

2. Mujahadah

Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melwan sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datag kepadanya.

3. Banyak mengingati akhirat

Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam syurga serta azab dalam neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengganti semula amal soleh yang ditinggalkan dahulu.

4. Sibuk dengan hal bermanfaat

Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

5. Menjauhi punsa kembali semula kepada maksiat

Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan yang tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

6. Menundukkan pandangan

Dari mata turun ke hati, begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.

7. Bergaul dengan orang baik

Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat Allah.

8. Banyak berdoa

Sebaik-baik berdoa memohon kepada Allah supaya siberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walaubagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu mustajab untuk berdoa.

Bersama hayati~

@~ Boikotlah HATImu untuk TERUS melakukan KEMUNGKARAN,
@~ Boikotlah JIWAmu untuk TERUS hidup dalam KEJAHILAN,
@~ Boikotlah ROHANImu untuk TERUS memupuk rasa KEBENCIAN,
@~ Boikotlah BATINmu untuk TERUS dalam KEPUTUSAN terhadap TUHAN,

SetIAP oranG yg brPuaSA SAtU harI keraNa Allah, mAka ALLah akaNmNjauhkAnnyA drI neraka SeJauh 70ribU muSim.

Sesungguhnya dakwah itu adalah antara ubudiyyah yang tinggi...yang wajibditunaikan oleh semua,kerna termaktub dalam Quran "sesungguhnya kalian(ummat Muhammad) adalah ummat yang terbaik,kamu mengajak kepadama'ruf dan mencegah pada yang mungkar" ayat ini menunjukkan betapaperlunya ummat Islam,kalau mahu jadi ummat terbaik perlulah berdakwah.

♥ Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati ituada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua,mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun(beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah

(beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-samadi dalam majlis orang-orang yang soleh ”. ♥

sEsIaPa yang Tidak Berazam PuAsA SEbElum Fajar, maka Tiadalah puaSaBaginya
*RiWaYAT AhmaD*

- waktu dhuha merupakan masa yg sgt baik dan mutajab berdoa, ada riwayathadith yg menyatakan bhwa ketika ini pintu2 syurga dibuka, amik sedikit masautk lakukan solat sunat dhuha 2 rakaat paling kurg, Rasulullah sgt sukamenunaikan solat sunat dhuha..amat rugilah kpd mereka yg xdptmelakukannya, jdi kpd muhibbin2 dan pencinta Rasulullah s.a.w. tggu apalg..jom! –

Kamu baik. Kamu sopan. Kamu bertanggungjawab. Kamu mencintaiku.
Namun tahukah kamu, bukan itu syarat utama untuk menjadi yang TERPILIH
Bukan itu yang diutamakan untuk menjadi yg TERUNGGUL..

♥ AGAMAMU ♥ AKHLAKMU ♥ KETAQWAANMU padaNya ♥
Itulah yang utama. Jika hanya inginkan kebahagiaan dunia, bagaimanakebahagiaan akhirat? Aku ingin bersamamu hingga ke SYURGA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP