Menutup pintu maksiat

Alhamdulillah…

Semakin hari semakin terasa bahang Hari Raya Aidilfitri….

Agak lame la x mengupdate blog neh disebabkan kekangan assigmnet yang berlambak dan merunsingkan…syukur pada tuhan time neh dah relax sket…..

Ana nak kongsi2 cket neh…..

Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Setiap manusia yang sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering melakukan kesalahan adalah yang sering bertaubat kepadaNya”. Riwayat al-Tarmizi

Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip di bawah diharap dapat membantu, Insyaallah

1. Ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah

Inilah perkara yang paling utama. Jika seorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah, Allah pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerana ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada Nya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.

2. Mujahadah

Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melwan sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datag kepadanya.

3. Banyak mengingati akhirat

Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam syurga serta azab dalam neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengganti semula amal soleh yang ditinggalkan dahulu.

4. Sibuk dengan hal bermanfaat

Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

5. Menjauhi punsa kembali semula kepada maksiat

Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan yang tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

6. Menundukkan pandangan

Dari mata turun ke hati, begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.

7. Bergaul dengan orang baik

Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat Allah.

8. Banyak berdoa

Sebaik-baik berdoa memohon kepada Allah supaya siberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walaubagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu mustajab untuk berdoa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP