Renungan

Assalamualaikum..
Lame dah x mengupdate blog neh...dkat bersarang dah haha
Sedar x sedar lagi seminggu ana akan menghadapi EXAM..masih tak study ape2x lagi neh...hurm sedang leka melayari google + ade terjumpe satu post yang kawan ana post sangat menarik untuk dikongsikan harap sama2x kita renungkan..

Renungan bersama.....

*************************************

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

simpang taqwa


Apa itu taqwa?" tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab Radhiyallahu 'anhuma.
"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?" balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
"Pernah saja," jawab Umar.
"Apa yang kamu lakukan?" pintas Ubai.
"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati," jawab Umar lagi.
"Itulah taqwa!" simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.
Halus perbincangan taqwa ianya seolah-olah satu jisim yang menyerupai bakteria ikhlas. Diibaratkan sebagai seekor semut hitam di lorong yang gelap, tiada siapa yang menyedari kehadirannya melainkan Allah s.w.t, kerana itu ikhlas dijadikan rahsia simpanan kepada asas pertimbangan neraca mizan kelak.
Ikhlas bukan sahaja boleh rosak atau batal di awal perbuatan iaitu pada niatnya namun kata- kata, tindak-balas pada reaksi atau komen orang lain juga sedikit sebanyak menggugat ikhlas kepada amalan tersebut.
Ikhlas bererti suci dan murni tanpa noda melainkan disandarkan hanya pada Yang Esa. Namun, perkongsian kali ini bukanlah berkisar mengenai ikhlas sebaliknya pemahaman tentang konsep taqwa dalam iman.
Seorang muslim itu beriman jika dia bertaqwa dan bukan hanya kerana memegang pangkat yang tinggi atau memiliki bakat yang hebat atau kerana keturunannya yang disanjung. 
Sebaliknya Allahs.w.t telah firman ;
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Definisi taqwa bermula dari kalimah waqa- yaqi- wiqoyah yang membawa maksud memelihara, melindungi, takut dan berjaga- jaga. Sesuai dengan pemahaman mendalam terhadap definisi tersebut bahawa taqwa berperanan sebagai penjaga diri dan pelindung tetapi bukan penakut kepada diri seorang muslim.
Sebaliknya di dorong rasa 'takut' kepada Allah s.w.t dengan sentiasa berusaha untuk mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya malah yang paling utama berkorban untuk menjunjung syariat yang diturunkan dan bukan bersifat mempersendakannya atau mengabaikannya atau meringankan sesuatu hukum biarpun sudah mengetahui mengenainya secara teliti dan jelas.
Di situlah taqwa berfungsi iaitu dalam merasakan kemanisan iman dan tidak berasa susah untuk menurutinya walaupun jika menurut pandangan akal manusia ia adalah perbuatan yang sukar seperti bertudung, solat dan puasa serta lainnya.
Seruan taqwa setiap minggu dilaungkan oleh Khatib dalam Khutbah Jumaat malah ia adalah rukun khutbah. Saya yakin setiap muslim menyedari kedudukan 'rukun' dalam pelaksanaan ibadah. Oleh yang demikian, secara tidak langsung membuktikan bahawa peringatan taqwa adalah amat penting untuk sekalian muslim supaya diterapkan dalam kehidupan dan bukan hanya disimpan dalam telinga setiap minggu namun kefahaman mengenainya terus dipekakkan.
Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud ;
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. "
Bagaimana?
Jawapan mudah yang boleh diringkaskan iaitu berilmu, beramal soleh dan beriman. Renung- renungkan perkara ini di mana tahapnya pada diri kita. Melalui perkara ini seorang muslim mungkin dapat melihat penilaian koreksi taqwanya samada pada tahap ;
  • Taqwa awwam - masih terpengaruh dgn nafsu amarah walaupun mujahadah masih ada.
  • Taqwa khawas - terdedah kepada nafsu lawwamah, menerima virus maksiat batin dan menyemai mazmumah walaupun ia mengetahui ketuanan sifat- sifat tersebut menyumbang kepada kerugian amal dan kerapuhan titian menuju redha-Nya.
  • Taqwa khawasul khawas - nafsu mutmainnah iaitu jiwa yang tenang daripada maksiat zahir dan batin
Setiap tahap ini meletakkan batu perbezaan pada satu sempadan iaitu nafsu, semakin tinggi dan kukuh sempadan nafsu semakin rendah kedudukan taqwanya kerana sempadan nafsu telah menutupi penglihatan iman untuk melihat simpang taqwa dan membiarkan ilmu tergadai di 'kedai kejahilan' sekaligus menurunkan 'had kelajuan' amal soleh untuk ke simpang itu.
Sememangnya sukar untuk membawa diri ke simpang itu namun sedarilah bahawa kesusahan itu hanya sebentar iaitu tatkala nyawa dikandung badan, tapi apabila nyawa meninggalkan jasad segala kesusahan itu juga yang menjadi kebahagiaan yang abadi.
Jika kita takut atau terlalu memanjakan perasaan dan jiwa duniawi pada usia yang berbaki ini, cepatlah ingatkan semula atau muhasabah kembali bahawa tiada hidup kedua atau nyawa kedua setelah ia berakhir.
Awalnya mungkin terasa berat namun apabila ia dihidayahkan Allah s.w.t akan kemanisan iman, saat itu senyuman taqwa dan tawa iman akan terus menemani hari- harimu.
Sesungguhnya janji Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud ;
"Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. " (Surah ali-Imran ayat 120)
Allah pelindung,
Allah jua pemelihara,
Biar susah tidak terbendung,
kerana cinta-Nya ku gagahi jua.
Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China,
Teruskan ia hingga ke hujung,
SIMPANG TAQWA simpang redha-Nya,
Iman, ilmu dan amal menjadi penghubung.

bersama hayati~



KENAPA TAK ROGOL SAYA???

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam……..

~Khinzir~



MENCARI YANG HALAL ADALAH FARDU BAGI SETIAP MUSLIM!

Rujuk nombor di GAMBAR untuk mengetahui kawasan dan produk apa yang dihasilkan dari kawasan itu:

1. Uji kaji senjata kimia. Tisu manusia dan tisu babi hampir sama, maka ia sering digunakan untuk ujikaji senjata kimia.
2. Ais Krim. Digunakan untuk menghasilkan gelatin bagi mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan ais krim. Ais krim ada gelatin??
3. Baja. Dihasilkan dari bulu babi yang diproses.
4. Mentega rendah lemak. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.
5. Bir. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai agen penjernih. Bertindak balas dengan bahan pahit dan tanin untuk menyerap warna air keladak dan menghasilkan air yang jernih.
6. Pelembut Pakaian. Asid lemak dari lemak tulang di kawasan ini menghasilkan warna.
7. Berus cat. Dihasilkan dari bulu babi.
8. Jus Buah-Buahan. Gelatin digunakan untuk menyerap keladak bagi menjernihkan air.
9. Syampu. Asid lemak digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang berkilat seperti mutiara.
10. Lilin. Digunakan untuk mengeraskan lilin dan mempercepatkannya menjadi cair.
11. Roti. Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.
12. Peluru. Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.
13. Ubat berbentuk tablet. Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran tablet untuk menjadikannya lebih keras.
14. Serbuk pencuci. Asid lemak untuk menguatkan campuran bahan kimia.
15. Cat. Asid lemak digunakan untuk menjadikan cat berkilat.
16. Tamborine. Dibuat daripada pundi kencing babi. Tak sangka alat muzik pun dibuat dari babi. Astaghfirullah..
17. Arak. Gelatin digunakan sebagai campuran di dalam arak untuk menjernihkan air.
18. Kertas. Gelatin tulang digunakan untuk mengeraskan kertas dan mengurangkan kelembapannya.
19. Heparin. Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah, ia diambil dari mukus yang terdapat di dalam usus babi.
20. Sabun. Asid lemak dari tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan perwarna.
21. Gabus. Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.
22. Insulin. Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling hampir dengan manusia.
23. Yogurt. Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam sesetengah yogurt.
24. Rokok. Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter yang bertindak sebagai paru-paru tiruan.
25. Filem fotografi. Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.
26. Makanan anjing. Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.
27. Terapi Photdynamic. Hemoglobin darah babi digunakan dalam ubat untuk merawat kerosakan retina. Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.
28. Pelembap. Asid lemak daripada tulang digunakan sebagai bahan campuran di dalam pelembap.
29. Snek anjing. Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.
30. Karyon. Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.
31. Kasut. Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti struktur kulit.
32. Brek kereta api. Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.
33. Ubat gigi. Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat gigi yang halus.
34. Gam kayu. Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasaskan kayu dihasilkan daripada kolagen.
35. Topeng muka kosmetik. Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.
36. Sumber tenaga alternatif. Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.
37. Makanan tenaga. Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang murah kepada atlet bina badan.
38. Krim keju. Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.
39. Krim putar. Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.
40. Pemanis. Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut untuk memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liqourice, arak, gula, dan gula getah.

mereka semakin melampau!

gamba diatas merupakan patung lilin yang terdapat dalam sebuah muzium di negara barat




Mereka semakin melampau...apa tindakan kita??
Islam semakin hari semakin dihina..
Umat Islam sendiri tidak mengahyati Islam itu sendiri...
itulah sebabnya...
jangan ingat ini perkara remeh..

Sedarlah Wahai Umat Islam......!!!

~kenapa Umat Islam Sembah Kaabah~


Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya

~Solat Subuh~

Alhamdulillah...
syukur kepada Allah kerana masih diberi kesihatan yang baik dan masih hidup dalam duniaNya.


Insyaallah ana nak kongsikan serba sedikit berkaitan dengan tip konsisten solat subuh supaya menjadi motivasi diri ana supaya senang untuk bangun subuh.

Solat subuh merupakan antara solat yang paling susah dilakukan oleh umat Islam kerana ia dilakukan pada awal pagi. Sesiap yang mampu solat subuh secara berjemaah maka dia akan menjadi orang yang hebat. Sejarah menunujukkan bahawa ramai di antara pejuang-pejuang Ilam yang hebat menjaga solat subuhnya secara berjemaah. Orang yahudi ada mengatakan bahawa oarang Islam zaman sekarang tidak dapat mengalahakan mereka selagi bilangan jemaah solat subuh tidak sama dengan bilangan orang yang sembahyang Jumaat. so fikir-fikirkanlah...

^___^  

Tip Konsisten Solat Subuh


1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t dan berikanlah hak-hakNya, niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang mengigit dan sebagainya.

2. Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.

3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.

4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t memberikan kesempatan untuk solat subuh.

5. Carilah kawan yang baik, wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awaldan solat subuh.

6. latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w seperti dengan tidur awal agar mudah untuk bangun awal, wuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa

7. elakkan makan pada waktu lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana akan menyusahkan untuk bangun pagi. Jauhilah minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun solat subuh. tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan subuh.

9. Ajaklah orang lain bangun solat subuh dan mulakan dengan diri sendiri dan keluarga

10. Cuba hayati keindahan waktu pagi kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai, dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP