Bumi Kita Makin Tua

Assalamualaikum semua...
ana hari neh just nak kongsi berkaitan dengan bumi kita.....


gambar bumi pada tahun 1972



gamba bumi yang baru di ambil baru2 neh.





 Banyak perbezaan yang dapat kita lihat..Bumi kita makin tua...makin hari makin banyak kerosakannya. Hal ini mungkin juga petanda bahawa hari Akhirat makin tiba. Oleh itu saya menyeru seluruh umat Muslimin dan Muslimat terutama diri ana yang lemah ini supaya  kembali ke jalan yang benar. Pintu Taubat masih dibuka.....

sebarkan~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika
membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur
hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 yang
meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

a)isteri tidak mendengar kata
suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,
hendaklah kamu menyedarkan kepada orangmembuat kebajikan,
kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit,
sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah – dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat – jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1.seorang saudagar dari bombay
telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2.seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak menganggap wasiat ini palsu,maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4.tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5.Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga
menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau
telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6.di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang
dituntut. Mengendahkannya dan Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7.Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah
mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. akhirnya beliau teringat
akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. seminggu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka.setelah kejadian menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan
pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan
hidup.
ISNYAALLAH.
PERHATIAN setelah
membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda
orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu
nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. katasheikh ahmad lagi. jika apa yang
hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak
mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah
ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau
dibiarkan

TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBARKAN 20 WASIAT NI KPD UMAT
ISLAM(copy & paste)

istidraj

Apa itu ISTIDRAJ???


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

5 SYARAT



::BOLEH BUAT MAKSIAT, TAPI. . . . SAPA NK BUAT MAKSIAT, BOLEH, BACA NI DULU::

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."


Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.



3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."



Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam"

SEKADAR PERKONGSIAN....
KHASNYA UNTUK DIRI ANA YANG LEMAH INI

HATI INI SEDIH



Betapa sedihnya hati ini, 

melihatkan jasad terus bergelumang dengan dosa,
dosa yang sering dilakukan,
susah untuk ditinggalkan.

betapa sedihnya hati ini,
pabila terkenangkan dosa-dosa lalu,
yang masih belum selesai,
tetapi jasad ini masih terus menambahkan,
dosa-dosa

Betapa sedihnya hati ini,
tidakkah kau takut wahai jasad?,
akan Sakaratul Maut,
akan Hari Pembalasan,
akan Hari Pengakhiran?
betapa banyaknya dosa yang engkau lakukan,
mata kau melihat perempuan yang bukan Muhrim
tangan kau mengambil harta-harta haram,
lidah kau mencaci-caci dan menghina orang lain,
menganggap diri kau besar,
menganggap diri kau yang agung,
padahal kau hina di sisiNya
padahal kau hanya kecil bagiNya
Tidakkah kau takut wahai JASAD
terus dan terus bergelumang dengan dosa-dosa

betapa sedihnya hati ini,
kau masih menyombongkan diri,
tidak mendengar nasihat-nasihat yang diberikan,
kau masih sombong wahai jasad,
kau hanya sedar seketika,
tapi kau lupa selamanya,
kau sedar di pagi hari,
kau malah lupa di malam hari,
kata-kata kau...

Itulah dinamakan Manusia,
bertaubatlah wahai jasad,
jangan kau sombong pada yang Esa,
dia Maha Penerima Taubat,
Selagi pintu Taubat masih dibuka
kau masih belum Terlambat...


Wanita Bertudung Labuh




Srikandi ,,,Penyejuk Hati.....

Perlilah mereka yg bertudung labuh.....!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji......


TUTUPLAH AURATMU

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. 

Leher dan rambutnya 

adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari 

hujung rambut sampai 

hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini 

berlandaskan firman Allah

 Subhanahu wa Ta’ala,


“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” 

[An-Nur :31].


KEMPEN MENUTUP AURAT

SERLAHKAN KECANTIKANMU
SERLAHKAN KETAMPANANMU

(SK II)

DENGAN MENUTUP AURAT ^___^

Jauhi Maksiat

Alhamdulillah Allah memberi peluang kepada ana untuk menulis pada malam ini dan ana bersyukur masih diberi nikmat iman dan Islam
Ana nak tanya kawan-kawan blogger bahawa cara yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan maksiat. Selama ini, bermacam-macam cara ana dah lakukan untuk mengelakkan ana untuk mengelakkan ana daripada terjebak dengan maksiat yang selalu ana lakukan ini tetapi masih kurang berkesan untuk ana meninggalkan maksiat yang selalu ana lakukan ini. Ana Harap para blogger dapat memberikan ana jalan yang terbaik untuk mengelakkan ana daripada terus melakukan maksiat yang selalu ana lakukan...

Ana ada dapat info daripada kawan ana. Kita perlulah mengamalkan ayat seribu dinar sebanyak tiga kali setiap selepas sembahyang..harap kita dapat amalkan dan tidak lupa kepada diri ana sendiri dan ayat penutup ayat seribu dinar ialah


"ياَ مُسَببَ الأسْبَابِ ثَبِت"




Ustaz Azhar Idrus


Mudah-mudahan inilah yang dikatakan di akhir zaman ini anak-anak muda memberi kemenangan pada Islam.
Lihatlah kebangkitan anak muda sekarang!!

akhlak dan moral

Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi ini akan dididik dengan sesuatu ajaran atau syariat agama tertentu yang diwarisi dari nenek moyang seperti agama Islam, Buddha, Kristian atau sebagainya. Cuma ketika dewasa seseorang itu menentukan agama dirinya sebagai contoh anak cina memasuki agama Islam ketika berusia 21 tahun. Ini kerana anak tersebut sudah besar dan mampu berfikir baik dan buruk untuk  menanggung hidupnya. Akan tetapi umat Islam tidak boleh untuk keluar (murtad) pilih agama selain Islam kerana Islama itu adalah agama yang benar daripada Tuhan Semesta Alam yag disampaikan kepada Nabi-Nabi dan Rasul- Rasul terdahulu. Apa yang penting, ingin saya sampaikan disini ialah setiap agama itu menitik beratkan kesucian dan kemantapan akhlak atau moral umatnya. Ini disokong oleh sabda Rasulullah SAW iaitu,: aku diutuskan di muka bumi ini adalah untuk memperbetulkan akhlak manusia sekalian alam kearah yang lebih baik.
             Semua manusia percaya bahawa ada kehidupan akhirat dan kewujudan syurga yang mana setiap orang yakin bahawa tiket untuk kebahagian akhirat kelak yakni memasuki syurga dengan melakukan kebaikan atau mempunyai moral dan akhlak yang baik. Bak kata Mahatma Gandhi, “perbaikilah dan bimbinglah dirimu kearah kesempurnaan moral. Semua manusia percaya dengan kenyataan tadi cuma terdapat segelintir manusia yang tidak mempraktikannya malah membantahnya seperti golongan Israel.”
            Moral dan akhlak yang yang baik sehingga membentuk diri seseorang yang berakhlak akan disanjung dan disayangi oleh orang lain serta penciptaNya. Ini kerana Islam terlalu menitik beratkan penghayatan dan praktikal akhlak yang positif atas niat dan matlamat mencari redha Allah SWT. Matlamat ini yang menjadikan umat Islam manusia yang disanjungi dengan syarat matlamat ini mesti sentiasa diingati dan dilaksanakan. Sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW,: "Islam itu akhlak yang baik tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia." 


rombak kembali

Alhamdulillah bersyukur kepada ya Allah kerana dengan limpah rahmatnya masaih lagi kita dikurniakan du nikmat yang terbesar iaitu nimat iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w tanpa usaha baginda kita tidak akan dapat menikmati 2 nikmat yang besar tersebut.

dengan berpandukan nasihat rakan-rakan maka header bagi blog neh dituka lagi kerana ada masalah teknikal sedikit. Alhamdulillah telah siap ditukar. syukran jazilan ana ucapkan bagi sesiapa jua yang memberi semangat untuk ana untuk menulis dalam blog neh...


kalau sebelum neh header di atas  telah ditukar kepada header di bawah...


ceramah di malam hari


alhamdulillah baru selesai mendengar ceramah ustaz don danial personaliti tv al hijrah di masjid an nur hulu kinta...
banyak input baru yang dapat dan ana harapkan ana dapat mengamalkan segala apa ilmu yang dapat ana kutip daripada ustaz..

tapi sedih sebab tak dapat dengar kuliah ustaz sampai habis di sebabkan peraturan IPG tidak membenarkan studentnyer keluar melebihi kul 11 malam....hurm kempunan ana mendengar kuliah ustaz hingga habis...

~alhamdulillah~

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus mencari tempalte..baru jumpa..haha
ana rase tempalte neh dah ok dah...

blog sudah mengalami sedikit perubahan syukran bagi mereka yang telah banyak membantu dalam menyiapkan blog neh...

ana harapkan semua blogger semua dapat doakan ana yang baru masuk ke dalam dunia siswazah...

Kembara Meniti Alam Fana'


alhamdulillah header blog pon dah ditukar....
semoga kita berada dalam redhaNya....

salam 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP