Setiap manusia yang lahir di atas
muka bumi ini akan dididik dengan sesuatu ajaran atau syariat agama tertentu
yang diwarisi dari nenek moyang seperti agama Islam, Buddha, Kristian atau
sebagainya. Cuma ketika dewasa seseorang itu menentukan agama dirinya sebagai
contoh anak cina memasuki agama Islam ketika berusia 21 tahun. Ini kerana anak
tersebut sudah besar dan mampu berfikir baik dan buruk untuk menanggung hidupnya. Akan tetapi umat Islam
tidak boleh untuk keluar (murtad) pilih agama selain Islam kerana Islama itu
adalah agama yang benar daripada Tuhan Semesta Alam yag disampaikan kepada
Nabi-Nabi dan Rasul- Rasul terdahulu. Apa yang penting, ingin saya sampaikan
disini ialah setiap agama itu menitik beratkan kesucian dan kemantapan akhlak
atau moral umatnya. Ini disokong oleh sabda Rasulullah SAW iaitu,: aku
diutuskan di muka bumi ini adalah untuk memperbetulkan akhlak manusia sekalian
alam kearah yang lebih baik.
Semua manusia percaya bahawa ada kehidupan akhirat dan kewujudan syurga
yang mana setiap orang yakin bahawa tiket untuk kebahagian akhirat kelak yakni
memasuki syurga dengan melakukan kebaikan atau mempunyai moral dan akhlak yang
baik. Bak kata Mahatma Gandhi, “perbaikilah dan bimbinglah dirimu kearah
kesempurnaan moral. Semua manusia percaya dengan kenyataan tadi cuma terdapat
segelintir manusia yang tidak mempraktikannya malah membantahnya seperti
golongan Israel.”
Moral
dan akhlak yang yang baik sehingga membentuk diri seseorang yang berakhlak akan
disanjung dan disayangi oleh orang lain serta penciptaNya. Ini kerana Islam
terlalu menitik beratkan penghayatan dan praktikal akhlak yang positif atas
niat dan matlamat mencari redha Allah SWT. Matlamat ini yang menjadikan umat
Islam manusia yang disanjungi dengan syarat matlamat ini mesti sentiasa
diingati dan dilaksanakan. Sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW,: "Islam
itu akhlak yang baik tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain
daripada akhlak yang mulia."
No comments:
Post a Comment