Betapa Luasnya Neraka!!!

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Rahsia Agama~


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Nasyid Time~


hurm~
Alhamdulillah...
Lme bebeno teman x update blog neh sejak kena serangan virus pe bende ntah..haha..
(org parit rupenyer..)
haha.. xde la men3x jer tuh....

Ape habaq sume rakan perjuangan sekalian..
harap kamu semua berada dalam redha dan rahmat Allah Taala...
Marilah bersama-sama kita bersykur kepada Allah Taala kerana kita masih diberi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam...dan bersyukur kerana kita masih diberi nyawa dan dapat hidup dalam rahmatNya Allah Taala yang agung...

Hurm...
ana di sini hanya ingin berkongsi satu lagu nasyid yang banyk memberi impak atau kesan yang besar dalam hidup ana....
Lagu nasyid tersebut ialah lagu dendangan Mestica (Destinasi Cinta)

hurm...
kalau ikutkan tajuk lagu neh..korang mesti fikir yang lagu jiwang kan sebab ade perkataan tuh...
hurm don't judge a book by its cover, ana nak crita kat sini lagu neh bukan lagu jiwang tapi lagu ynag menyingkap perjalanan hidup seorang muslim dalam mencari keredhaan Allah Taala..

percaya atau tidak..
kalau tidak caya ana nak tunjuk bukti neh...
haha
neh lirik dier...

Menyingkap tirai hati,
Mengintai keampunan,
di halaman subur rahmatMu Tuhan,

Tiap jejak nan bertapak,
debu kejahilan, akan ku jirus,
dengan madu keimanan,

tak ternilai air mata,
dengan permata,
yang bisa memadamkan api neraka,
andai benar mengalir,
dari nasuha nurani,
tak kan berpaling pada palsu duniawi....

destinasi cinta yang ku cari,
sebenarnya terlalu hampir,
hanya kabur kerana dosa di dalam hati,
telah ku redah daerah cinta,
yang lahir dari wadah yang alpa,
tiada tenang ku temui,
hanya kecewa,
menyelubungi

ku gelintar segenap maya,
dambakan sebutir hakikat,
untuk ku simai menjadi sepohon makrifat,
moga dapatku berteduh di rendang kasihmu,

namun ranjaunya tidak akan sunyi,
selagi denyut nadi,
belum berhenti,
tiada syaitan kan cuba menodai,
segumpal darah bernama hati......

lestarikan wadi kalbuku,
oh tuhanku,
leraikan aku,
dari pautan nafsu,
biarpun sukar bagiku,
meraih redahmu,
namun masihku meharap ampunanmu,
wahai tuhanku Ya ALLAH.......

lagu ini sugguh menyentuh kalbuku kerana bait-bait lagunya sungguh merdu dan semestinya lagu ini berkisarkan ketuhanan.....
rasanya takat sini jer kowt untuk entry kali neh....
k.....
ASSALAMUALAIKUM>>>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP