Hari itu selepas seminggu
beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,
saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.
Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan
itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12
tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli
kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang
yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang
dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan
tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak
kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya.
Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan,
tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan
dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma
setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.
Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak
atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak
restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu
pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya
melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus
asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat
berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan
cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang,
tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah
abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia
mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya,
bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka
dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik!
Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas
kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang
tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima
deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan,
saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu
menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta
kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas
memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak
beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik
berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!"
Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak
boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak
kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada
saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih
banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya
masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum
dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya
berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli
semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak
berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu
persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima
kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia
sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya
terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia
yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas
dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan
kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum
dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Email dari hamba
Allah :)
4 comments:
huhuhu... sebaknya rasa.... sape budak tu? tapi mak dia memang sorang mak yang terbaik!
moga allah menberkati dan murahkn rezeki keluarga dia,,amin
muhasabah diri..~
hurm betul tu,,mak dier mmg hebat arr,,,huhuh
Post a Comment