ENAM KECELAAN TERSEBAB DARIPADA ZINA

Dan sabda Nabi Muhammad S.A.W:Takutlah olehmu akan zina,maka bahawasanya pada zina itu enam perkara kecelaannya,tiga perkara pada dunia dan tiga perkara pada akhirat.Maka adapun tiga perkara pada dunia itu:

1.Mempicitkan yakni menyempitkan rezeki
2.Menghilangkan berkat
3.Apabila keluar rohnya,di dinding akan dia daripada Allah Ta'ala dan menilik ia kepada neraka dan kepada malaikat Zabaniyyah

Dan adapun tiga perkara pada akhirat:

1.Menilik Allah Akan dia dengan tilik murka,maka jadi hitam mukanya.
2.Adalah hisabnya bersangatan
3.Dihelakan dia dengan rantai belenggu neraka


Dan sabda Nabi Muhammad S.A.W:'"barangsiapa memenuhkan akan dua matanya daripada yang haram,memenuhkan Allah akan dua matanya daripada api neraka.Dan barangsiapa berzina dengan perempuan,dibangkit Allah akan dia daripada kuburnya sangat dahaga dan bertelanjang ia dan menangis ia berdukacita lagi hitam mukanya,dan pada lehernya belenggu daripada api neraka dan pakaiannya daripada minyak tanah,dan tiada berkata-kata Allah Taala akan dia,dan baginya seksa yang sangat pedih."

Dan Sabda Nabi Muhammad S.A.W :"Barangsiapa berzina dengan perempuan yang ada lakinya(suaminya),maka adalah atas keduanya seksa yang sangat pedih pada hari kiamat.Maka menghukum Allah taala akan suaminya dengan suruh mengambil ia akan kebajikannya dan ditanggungkan dia dosa suaminya serta dihalau dia kepada neraka."Ini jika tiada mengetahui suaminya akan isterinya berzina.

adapun jika mengetahui suaminya akan isterinya berzina dan diam ia,maka diharamkan Allah atas suaminya akan syurga,kerana bahawasanya tersurat pada pintu syurga :"Engkau orang dayus".Iaitu yang memperkenankan kejahatan atas isi rumahnya dan redha ia baginya.Dan tiada masuk syurga orang itu,dan bahawasanya tujuh petala langit dan bumi dan segala bukit melaknatkan orang berzina dan orang dayus.

Sabda Baginda:

زنا العينيين النظر

Bermula zina dua mata itu menilik kepada benda yang tiada halal menghelakan kepada zina faraj

Dan Sabda Baginda:

النظر الي النساء الأجنبيات من الكباءر

Bermula menilik kepada perempuan yang ajnabiyyah,(yakni :yang halal berkahwin dengan dia)itu daripada dosa-dosa besar.

2 comments:

BezBuddy said...

3 kecelaan pd dunia tu kan...yg ke 3 tu xpaham sgt maksud die...leh explain kit x?tq :D

~Syakir Abdullah~ said...

ana cuba terangkan....
individu tersebut tidak dapat melihat Allah Taala di Akhirat nanti...dan Allah akan memasukkannya ke dalam neraka...dan dibawa kepada Malaikat Zabbaniyyah(malaikat penyiksa neraka)...
sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP