Qisas

Definasi Qisas

Qisas berasal dari kata perbuatan . Dari segi bahasa mempunyai beberapa makna. Ada kalanya bererti “mengikut” seperti dalam Surah al-Qasas (ayat 11)

dan Ibn Musa berkata kepada saudara Musa yang perempuan. Kau ikutlah dia” dan dalam Surah al-Kahfi (ayat 64) “lalu kedua-duanya kembali mengikuti jejaknya tadi.” Selain dari itu boleh diertikan sebagai “memotong atau menggunting” seperti dalam ayat “Qassa al-Sh’ar,” menceritakan seperti dalam ayat “ia menceritakan khabar kepadanya” dan juga boleh membawa makna persamaan.

Di antara makna-makna di atas, maka qisas yang bererti “mengikut” dan “menyamai” adalah yang paling hampir kepada maksud qisas dari segi istilah syara’, di mana orang yang melakukan jenayah bunuh atau mencederakan anggota tubuh badan akan diikuti dengan hukuman yang menyamai dengan jenayah yang dilakukan, iaitu jika seseorang itu melakukan jenayah bunuh akan dijatuhkan hukuman bunuh atau jika seseorang itu umpamanya memotong kaki orang, dia juga akan dihukum potong kakinya dan begitulah seterusnya.

Menurut istilah syara’ pula qisas adalah satu jenis hukuman yang termasuk dalam kategori hudud, iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan syara’ melalui nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak-hak anak Adam atau hak individu seperti jenayah bunuh dan mencederakan anggota tubuh badan.

Sumber Hukum Qisas

Kewajipan melakukan undang-undang qisas tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ianya telah ditetapkan syara’ secara qat’I dan muktamad seperti mana wajibnya solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ini berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Antara firman Allah Taala :

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas dalam kes orang kena bunuh ; seorang merdeka dengan seorang merdeka, seorang hamba dengan seorang hamba, seorang perempuan dengan seorang perempuan. Maka barangsiapa yang mendapat kemaafan dari saudaranya hendaklah mengikuti dengan baik dan hendaklah (yang diberi maaf) memberi (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik pula. Yang demikian itu suatu keringanan dari tuhanmu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melanggar lagi sesudah itu maka untuknya siksaan yang pedih”

Firman Allah :

Maksudnya :

Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (kaum Bani Israel) di dalam (Taurat) bahawa (nyawa) di balas nyawa, mata (dibalas) dengan mata, hidung (dibalas) dengan hidung, telinga (dibalas) dengan telinga, gigi (dibalas) dengan gigi dan luka-luka itu ada (balasan) qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak) qisasnya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang-orang yang zalim”

Firman Allah :

Maksudnya :

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan suatu (alas an) yang hak. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya. Tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan”.

Firman Allah:

Maksudnya :

“Bulan haram dengan bulan haram dan pada sesuatu yang patut dihormati berlaku hukum qisas. Oleh itu barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah dia, seimbang dengan serangannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa”

Firman Allah :

Maksudnya :

“Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Manakala sumber-sumber daripada Sunnah Rasulullah s.a.w. pula; antaranya ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya :

“Barangsiapa yang (waris) baginya dibunuh, maka dia diberi dua pilihan ; sama ada (menuntut) untuk membunuh atau (menuntut) bayaran diyat (gantirugi)”

Sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya :

Barangsiapa yang ditimpa pembunuhan, dia diberi pilihan antara tiga perkara, sama ada untuk (menuntut) hukuman qisas atau menuntut diyat atau memaafkan.”

Sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya :

“Barangsiapa yang membunuh secara sengaja hendaklah diserahkannya kepada wali mangsa yang kena bunuh. Jika mereka mahu, mereka boleh (menuntut) untuk membunuh (penjenayah), dan boleh (menuntut) bayaran diyat”

Dengan keterangan daripaa nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah yang tersebut di atas, jelaslah bahawa undang-undang jenayah mengenali qisas wajib dilaksanakan untuk memelihara salah satu daripada maslahah atau kepentingan yang paling berharga iaitu nyawa dan tubuh badan.

Hikmat Disyariatkan Qisas

Tiap-tiap undang-undang atau peraturan yang disyariatkan Allah kepada umat manusia tidak didatangkan dengan sia-sia. Bahkan mempunyai kebaikan dan hikmah yang kebanyakkannya tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Maka begitulah halnya dengan undang-undang qisas yang diwajibkan kepada orang-orang yang beriman untuk melaksanakannya, sama sekali tidak menyusahkan atau memudaratkan ; tetapi mempunyai hikmah atau signifikasinya yang tersendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP