Bentuk Dirimu Sendiri Sebelum Membentuk Orang Lain
“Ketika aku muda, aku ingin membentuk seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa susah untuk membentuk seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk meembentuk negaraku sahaja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak mampu memebentuk negaraku, aku mulai berusaha untuk membentuk kotaku. Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah membentuk kotaku. Maka aku mulai membentuk keluargaku. Kini aku semakin uzur, aku pun tak untuk membentuk keluargaku. Aku sedari bahawa satu-satunya yang mampu untuk aku ubah adalah diriku sendiri.
Tiba-tiba aku sedar bahawa aku mampu membentuk diriku dahulu, aku mestilah mampu membentuk keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan membentuk negaraku dan aku pun mampu membentuk seluruh dunia ini.”
Tidak ada yang mampu kita betuk sebelum kita membentuk diri sendiri. Tidak mampu kita membentuk diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.
Sekadar pengkongsian peringatan untyuk diri sendiri dan antum semua. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah Taala.
Yang benar.....Hamba Allah Yang Hina~
No comments:
Post a Comment