SIAPALAH KITA JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN RASULULLAH SAW



SIAPALAH KITA JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN RASULULLAH SAW........

Di dalam kitab "Minhajul Muslim"..karangan Syeikh Abu Bakar Al Jazairi..ada diriwayatkan suatu hadis yang datangnya dari imam Abu Daud...dan diriwayatkan juga dari jalan Imam Muslim dengan lafaz yang berbeza....bahawa Nabi saw pernah bersabda:

" Aku bertaubat dan mengucapkan istighfar sehari sebanyak seratus kali"

Subhanallah....Nabi saw seorang manusia kekasih Allah....dan dijamin syurga..lantaran darjat baginda saw maksum...iaitu kekasih Allah yang diampunkan segala dosa yang telah lalu dan yang akan datang.....sentiasa mengingati Allah.. wujud...risau di hati baginda ..walaupun baginda tahu dirinya tiada dosa....

Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan baginda saw....kita banyak dosa...kita banyak melakukan perkara yang Allah murka.....kita banyak membuat kesalahan...kesombongan...kelalaian....menyakiti ibu bapa kita...menyakiti saudara kita menyakiti manusia yang rapat dengan kita......tanpa rasa sesal dan bersalah...apatah lagi merasa takut dan gerun dengan dosa kita itu yang menyebabkan kita bertaubat kepada Allah....

Timbul persoalan "mengapa Nabi saw bertaubat sedangkan beginda tiada dosa..?" Bukankah taubat itu untuk orang yang melakukan dosa?

Soalan yang baik....menurut seorang pakar tafsir daripada Universiti al-Azhar...Dr Mohamed Gabal rahimahullah menyatakan Nabi saw tiada dosa....kerana sifatnya yang maksum...tetapi baginda saw tidak terlepas dari menjadi manusia biasa yang tidak terlepas dari sifat lupa dan melakukan kesilapan.....dan kedua-duanya ini adalah sikap manusia yang tidak membawa kepada dosa.....

Jika kita bersolat...dan kita melakukan kesilapan....lupa rakaat...silap bacaan...maka ianya tidaklah dikatakan sebagai berdosa....kerana itulah fitrah manusia yang lemah.....

Namun bagi para Anbiyak dan Rasul...taubat itu merupakan amalan wajib bagi mereka...walaupun mereka lupa dan melakuan kesilapan ....kerana hubungan mereka dengan Allah amat rapat...dan ketakwaan mereka amat tinggi.....

Memang hebatlah kita ini...bukan sahaja lupa dan silap....malah sudah membuat dosa kecil dan melakukan dosa besar pun hati kita masih tenang dan tidak rasa takut apatah lagi bersalah.....memang hebat kita ini lebih hebat daripada nabi saw....

Nak menangis dengan dosa-dosa yang dilakukan? ....hah..jangan haraplah....maklumlah hati dah keras lantaran hati itu sudah dipenuhi dengan tompok hitam sehingga menutupnya dari mendapat hidayah....wal'iyazubillah.......

Sedangkan menurut satu riwayat pernah suatu malam Aisyah melihat Nabi saw menangis di dalam solatnya sehingga air mata baginda yang mulia itu membasahi janggutnya sehingga..membasahi dada bajunya......kerana takutkan kepada kekuasaan dan kebesaran Allah...(Tanbihul Ghafilin)

Menurut ulamak tasauf...Nabi saw menganjurkan kepada kita untuk mengingati dosa yang telah dilakukan dan bertaubat serta beristighfar sekurang-kurangnya seratus kali..jika mampu....supaya otak dan hati kita dapat diwaraskan dan dicerdikkan dengan lima perkara:

1- Memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah supaya timbul rasa iman dan yakin

2- Memikirkan nikmat dan anugerah yang Allah berikan supaya timbul rasa syukur
dan cinta

3- Memikirkan kisah dan berita gembira dari balasan syurga dan neraka supaya
timbul perasaan ingin dan berlumba -lumba.....

4- Memikirkan ancaman dan azab Allah dari azab kubur dan neraka supaya timbul
perasaan gerun dan takut kepada Allah

5- Memikirkan kekurangan diri di dalam melaksanakan perintah Allah..sedangkan
Allah tidak menurunkan bala dan azab dengan serta merta..lantaran kasih sayang
Allah melebihi kemurkaannya....supaya timbul perasaan malu kepada Allah....

(Kitab Nasoihul Ibad)

Inilah lima perkara yang kalau ada seorang pemimpin...maka dia akan menjadi pemimpin yang adil....jika dia menjadi suami dia akan menjadi suami yang bertanggungjawab......jika dia menjadi ulamak..dia akan menjadi ulamak yang amanah....jika dia menjadi menteri dia tidak akan khianat kepada amanah rakyat...jika dia menjadi sesiapa sahaja...maka dia akan menjadi yang terbaik dan yang sempurna akhlaknya......

Allahumma semoga aku dikurniakan dengan lima perasaan ini di dalam hatiku...dan beristighfar..dan bertaubat kepada tuhanku sebagamana yang diajar oleh kekasihku...rasul ku.....Muhammad saw.....






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP