“KE ARAH NEGARA ISLAM YANG BERKEBAJIKAN”

assalamualaikum
alhamdulillah kita semua masih diberi peluang oleh Allah untuk kita bertaubat~
pintu taubat masih terbuka untuk kita~
marilah bersama-sama kita menginsafi diri dan sentiasa melakukan amal kebajikan di dunia~

entry pada hari ini ana nak kongsikan kata-kata Ustaz saya iaitu Ustaz Munawwir bin Salehuddin.
harap semua dapat mengambil iktibar~



GILA USTAZZZZZ!!!……MANA LA MAMPU KITA NAK MENGIKUT CARA NABI SAW….DIA NABI…KITA NI SIAPA….????

Begitulah ayat yang saya baca di dalam laman chatting di dalam facebook saya..ha ha ha….sesiapa yang cakap kita tak boleh ikut cara Nabi…maka dia bukanlah umat yang menyintai Nabi saw….kerana nabi saw pernah bersabda:

“Barangsiapa yang tidak mahu mengikut sunnahku…maka bukanlah dari umatku……”
Oleh itu..tolonglah siding pembaca sekelian agar cuba sedaya upaya mencontohi Nabi saw dalam apa jua keadaan sekali pun…..

Baiklah kali ini kita ingin menyentuh tentang tajuk…..Nabi sebagai pembela orang yang lemah dan miskin…seorang pemimpin yang prihatin..dan mengambil tahu nasib rakyat….

Di dalam suatu riwayat…Abu Hurairah pernah menceritakan tentang perihal dirinya dan keadaannya yang sudah biasa berlapar kepada Imam Mujahid dan Imam Ahmad……katanya:

“Demi Allah, ada kalanya aku melekapkan perutku ini ke tanah kerana terlalu lapar, dan kadangkala aku menyendalkan perutku dengan batu untuk menahan rasa lapar yang amat menyakitkan. 

Pada suatu hari aku merasa terlalu lapar…sehinggakan aku menekan-nekan perutku yang terlalu sakit…lalu aku pun duduk di pinggir jalan yang selalu dilalui oleh para sahabat dengan seribu harapan agar ada di antara para sahabat yang melihat keadaanku yang lapar lalu diajak aku ke rumahnya, tiba-tiba aku lihat Abu Bakar ra. berjalan melewati jalan dihadapanku, maka aku buat-buat bertanya kepadanya mengenai salah satu ayat Al-Qur’an, padahal sebenarnya aku sudah tahu akan jawapannya dan aku tidak semata-mata bertanya melainkan dengan harapan supaya beliau mengajak aku kerumahnya, tetapi beliau tidak mengajakku lantaran beliau tidak menyedari akan keadaanku.

Kemudian Umar ra pula berjalan melalui jalan di hadapanku itu, kepada beliau juga aku bertanya mengenai ayat Al-Qur’an, dengan harapan beliau akan mengajakku kerumahnya, tetapi Umar r.a pun tidak mengajakku ke rumahnya lantaran beliau tidak perasan kedaanku yang lapar. 

Tidak lama kemudian datanglah Abu Qassim manusia yang aku amat cintai iaitulah Rasulullah saw melewati jalan di tempat yang aku duduk menunggu itu. Ketika baginda melihat raut wajahku, baginda sudah tahu dan dapat memahami apa yang ada dalam hatiku, maka baginda berkata, “Wahai Abu Hurairah, kemarilah” 

Aku menyahut dengan gembira dan hati yang berbunga “Labbaik ya Rasulullah!”

Nabi saw berkata, “Ikutilah aku ke rumahku!” ketika sampai di rumah baginda saw, aku pun meminta keizinan darinya untuk masuk ke rumah baginda saw , lalu baginda saw mengizinkan aku masuk.

Di dalam rumah baginda, aku melihat ada semangkuk susu. 
Lalu Rasulullah saw bertanya kepada keluarganya, “Darimana kalian memperolehi susu ini?”

Keluarga baginda menjawab

“Seseorang mengantarkannya kemari sebagai hadiah untuk kita.” 

Lalu Nabi saw berkata padaku, 

“Wahai Abu Hurairah,” 

Aku menyahut, “Labbaik ya Rasulullah.”(Taat dan patuh ya Rasulullah)

Beliau berkata lagi, “Pergilah kamu kepada golongan Ahli Suffah dan panggillah mereka ke sini!”

Abu Hurairah berkata, “Ahli Suffah adalah para tetamu Islam yang tidak mempunyai rumah dan juga tidak mempunyai harta benda.

Apabila ada suatu hadiah datang kepada Rasulullah saw, maka sebahagiannya dimakan oleh Nabi saw dan sebahagian lagi diberikan kepada Ahli suffah, dan apabila datang kepada baginda itu berupa sedekah, maka baginda saw tidak memakannya melainkan memberikan semuanya kepada Ahli suffah.” 

Ketika aku disuruh oleh Nabi saw supaya memanggil Ahli suffah, aku merasa susah hati, karena ketika itu aku sangat berharap dapat meminum susu tersebut, sehingga dapat memulihkan kekuatanku untuk sehari semalam, 

Tiba-tiba aku disuruh pula oleh Rasulullah saw untuk memanggil mereka. Jika mereka datang, maka pasti aku harus memberikan susu itu kepada mereka, lalu mereka semua akan meminumnya sehingga tidak akan tersisa lagi untukku. 

Akan tetapi tidak ada jalan lain selain taat kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana itulah aku menuruti perintah Nabi saw.. pergi memanggil Ahli Suffah…. Lalu mereka datang dan meminta izin masuk, dan duduk di tempat mereka masing-masing.

Kemudian Rasulullah saw berkata, “Wahai Abu Hurairah ambillah susu ini dan berikanlah kepada mereka!” 

Akupun mengambil mangkuk susu itu dan memberikannya kepada mereka, lalu secara bergantian setiap orang daripada mereka meminumnya sehingga mereka merasa kenyang, 

Aku terus membawa mangkuk itu untuk diminum oleh Ahli Suffah seorang demi seorang sehinggalah aku memberikannya kepada orang yang terakhir diantara mereka. 

Setelah selesai, aku menyerahkan kembali mangkuk susu itu kepada Rasulullah saw, lalu baginda saw menerimanya …dan ternyata di dalam mangkuk itu masih tersisa lagi sedikit susu. 

Kemudian Nabi mengangkat kepalanya melihat ke arahku sambil tersenyum dan berkata, 

“Wahai Abu Hurairah!” kini tinggal aku dan kamu yang masih belum meminum susu ini,”

Aku menjawab, “Engkau benar ya Rasulullah.”

Baginda saw lalu berkata, “sekarang duduk dan minumlah!” 

Maka akupun duduk dan meminum susu tersebut. Nabi saw menyuruhku meminumnya lagi untuk kali yang kedua. Akupun meminumnya lagi. Baginda saw terus menyuruhku untuk meminumnya lagi , sehingga aku berkata,

“Cukup, demi Dzat yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, tidak ada lagi tempat yang kosong dalam perutku,Aku tidak dapat menelannya selagi engkau belum meminumnya ya Rasulullah….

Rasulullah berkata, “Baiklah, berikanlah mangkuk itu kepadaku”. Maka aku pun memberikan mangkuk itu kepada baginda saw,lalu baginda pun meminum sisa susu yang masih terdapat di dalam mangkuk tersebut.

Begitulah hebatnya kasih sayang Nabi saw kepada rakyatnya…..baginda saw sentiasa ingatkan rakyatnya…jika lapar rakyatnya…laparlah baginda…..jika susah rakyatnya…dirasakan oleh baginda akan susah rakyat……apa yang baginda makan itulah yang rakyat makan…..apa yang baginda pakai itu jugalah yang dipakai oleh baginda saw……..jika rakyat menahan perut kerana lapar…maka baginda saw juga menahan perutnya kerana lapar…..malah seorang sahabat yang bernama Abu Talhah pernah menceritakan…jika rakyatnya dari golongan faqir miskin Ahli Suffah mengikat seketul batu di perut bagi menahan lapar….baginda saw…mengikat dua ketul batu menandakan baginda saw lebih..lapar……dari rakyatnya….

Begitulah adil dan prihatinnya Nabi saw…..baginda tidak pernah mengambil hak yang bukan haknya…..baginda tidak pernah mengumpulkan kekayaan peribadi tanpa memikirkan kemiskinan rakyat….baginda tidak sekali-kali membiarkan rakyatnya tidur di dalam kelaparan kesedihan….kemurungan….lantaran apa sahaja yang baginda saw miliki…ianya juga adalah milik rakyat.

Walaupun Abu Hurairah itu adalah sahabat Nabi saw yang amat rapat….tetapi di dalam membahagikan rezeki dan keuntungan Negara…Nabi saw akan memberikan kepada siapa yang lebih berhak terlebih dahulu….hatta perkara yang sekecil dan seremeh susu pun Nabi saw amat menjaga cara pembahagiannya supaya tidak menzalimi orang-orang yang miskin…terbukti keadilan Nabi saw apabila mendahulukan Ahli suffah yang lebih berhak meminum susu tersebut..walaupun pada adatnya manusia seperti kita.. kalau kita memegang kuasa dan peruntukan kewangan atau..tender projek kita yang jaga.. pastinya kita akan dahulukan penerimanya atau kontraktornya itu mengikut pertalian darah….anak…isteri…ayah..ibu…abang.. adik ….kakak..menantu dan sebagainya……..inilah yang sedang berlaku di dalam alam maya kita hari ini.

Yang paling penting untuk kita fahami dan hayati ialah konsep berkongsi kesusahan…..susah sama susah senang sama senang…bagaimana kehidupan Nabi saw begitulah kehidupan rakyat dan bagaimana kehidupan rakyat begitulah kehidupan Nabi…tiada kelebihan pada Nabi dari segi kemewahan dunia….perkongsian perasaan inilah….perkongisan rasa inilah…perkongsian beban inilah yang sama dirasai oleh Nabi saw dan rakyatnya menyebabkan rakyat amat menyayangi diri Nabi saw…apatah lagi Nabi saw tidak pernah merasa jijik untuk minum sebekas minuman dengan para sahabatnya.

Alangkah indahnya jika pemimpin kita mencontohi Nabi saw…..kita juga ingin mempunyai mahligai sebagaimana pemimpin kita yang kaya raya…..kita juga ingin mandi di kolam renang mewah sebagaimana yang terdapat di rumah mereka….kita juga teringin untuk makan sesedap makanan mereka yang mewah ….Kita ingin menaiki kereta….yang besar dan ekslusif sebagaimana kereta mereka yang mewah ……

Kita juga amat teringin pergi ke kelab yang ekslusif untuk bermain golf….sebagaimana mereka jadikan golf itu sebagai mainan masa lapang…….Kita juga amat menginginkan agar segala kos sara hidup kita.. dan segala -gala yang berkaitan dengan pembayaran yang melibatkan kos seperti pembayaran bil-bil elektrik…air…..aircond..belanja dapur…belanja membeli belah..belanja solekan… belanja perjalanan makan angin ke luar negara….dan sebagainya yang kalau kita rakyat biasa tidak dapat menikmatinya kerana semuanya ini hanya dikhaskan untuk menteri-dan pembesar pembesar negara dan pastinya perbelanjaan mereka dibayar dengan peruntukan khas yang dinamakan elaun-elaun khas……yang dibayar oleh rakyat…!!!

Paling tidak pun kita amat berharap….agar nilai harga barangan diturunkan…nilai tariff elektrik dan air diturunkan…apa gunanya disebut ada subsidi tetapi harga yang perlu dibayar mencecah ratusan ringgit……..kita harap agar segala prasarana kita nikmati secara percuma….pelajaran percuma……belanja rawatan hospital percuma dan berkauliti……dan banyak lagi yang boleh dikongsi antara kita dengan pemimpin…….

Kepada mereka yang membaca artikel ini janganlah marah dengan kritikan saya ini…kerana saya hanya mengupas cara Nabi saw berpolitik mengikut acuan yang Allah taala turunkan kepada baginda saw………

“KE ARAH NEGARA ISLAM YANG BERKEBAJIKAN”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP