BAGAIMANA CARANYA UNTUK DIKASIHI DAN DISAYANGI

Tazkirah Ustaz Munawwir bin Salehuddin




ADAKAH ANDA DIBENCI OLEH MANUSIA DI SEKELILING ANDA? BAGAIMANA CARANYA UNTUK DIKASIHI DAN DISAYANGI…? (RAHSIA YANG ANDA MESTI TAHU)

Bila kita menonton tayangan iklan di dalm televisyen….maka kita akan bertemu dengan paparan iklan yang mengambarkan ….seorang model yang kacak….bergaya…. berbadan sasa…tegap…..dengan gayanya yang elegan…..disukai ramai…menjadi kegilaan gadis-gadis genit yang melihat ketampanannya…..apatah lagi dengan aroma semburan minyak wangi yang dipakainya…….minyak wangi yang sedang diiklankan itu nampaknya menarik ramai manusia supaya medekatinya dan mengenalinya ..kerana semua manusia di sekeliling nampak terpesona dengan kehebatan yang sedang dipamerkannya itu.

Di dalam suatu iklan lagi…..kita melihat…seorang wanita cantik ….anggun….jelita…senyumannya amat meredupkan pandangan mata sesiapa yang melihatnya…dengan gayanya yang lincah…selincah kuda yang cergas……pergerakannya mempersona manusia yang melihatnya…..tertonggek sana …tertungging sini……..semuanya kerana tuala wanita yang dipakainya……ya…. tuala wanita yang menghalang kebocoran dan lelehan darah wanita yang amat sulit untuk dibicarakan…..yang kalau orang tahu pasti orang akan membayangkan tentang darah kotor dan berasa geli dan genyi untuk menghampiri…..tetapi..nasib baiklah ada tuala wanita….bersayap..yang menyelamatkan keadaan…..bersih..menyerap dengan baik…senang di bawa ke mana-mana walaupun ketika anda sedang menjalankan aktiviti yang anda gemari…..dengan tuala wanita #######.......anda tidak perlu risau ……..

Begitulah iklan yang kita lihat di kaca televisyen….nampak indah….nampak menarik…seolah-olah kalau kita hidup di dalam dunia iklan….kita tak akan menghadapi sebarang masalah…..ramai manusia akan menyayangi dan menghampiri kita………
Tetapi jika kita hidup di luar alam iklan…kita akan dapati bahawa……sebenarnya hidup kita tidaklah seindah yang dikhayalkan……hubungan kita dengan sesama manusia tidaklah sebaik yang kita lihat di dalam iklan…..impian kita tidaklah dapat dicapai dengan mudah semudah iklan…….

Kalaulah ada produk yang kalau kita sembur….semua masalah kewangan kita selesai….kalaulah ada produk yang kita makan semua penyakit kronik kita boleh sembuh….kalaulah ada produk… yang bila kita sapu di wajah….semua yang memusuhi kita akan jadi baik dan mesra….semua yang menyampah dengan kita akan jadi sayang……semua yang muak melihat kita akan menjadi selera bercakap dengan kita………kan indahnya…kalau hidup ini semudah syampu rambut…yang boleh membuatkan orang sayang kat kita….membuatkan isteri menyintai kita…..membuatkan suami tidak curang cari orang lain….membuat kan bos bangga dengan kita dan menaikkan pangkat kita……….bla bla blabla……….happy ending..

Sebenarnya Islam telah memberikan cara-cara dan petua supaya diri kita lebih disayangi…..nabi saw telah pun menyebut perkara ini di dalam suatu hadis qudsi….di mana Allah swt telah berfirman:

“Cintaku tercurah pada orang yang:

1- Saling berkasih sayang pada jalanku
2- Saling menghubungkan silaturrahim
3- Saling nasihat-menasihati pada jalanku
4- Saling ziarah menziarahi keranaku
5- Saling memberi dan bersedekah keranaku

Kesemua manusia yang melakukan perkara di atas akan berdiri di akhirat di atas mimbar yang diperbuat daripada Nur(cahaya)yang diinginkan oleh para anbiyak…para siddiqin dan para syuhadak.

(hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad,Ibnu Hibban,Al-Hakim dari Ubadah b.Samit)

Sesiapa pun kita..pemimipin…menteri….ayah…ibu…suami…anak….majikan…boss….pekerja….manusia biasa…si miskin….si kaya..atau siapa sahaja …yang tinggi atau rendah darjatnya…..yang putih mahupun hitam kulitnya…..yang cantik mahupun yang hodoh rupanya…..jika melaksanakan lima perkara ini maka akan mendapat cinta Allah…..bila Allah mnyintai kita… para malaikat juga menyintai kita…bila para malaikat menyintai kita maka secara automatiknya…manusia juga akan mengasihi dan menyintai kita……..

Maka tak perlulah kita menghabiskan belanja yang banyak untuk membina imej diri kita dengan solekan….rambut yang direbondingkan….pakaian yang mahal…..pewangi ketiak yang berdengung baunya…..supaya orang suka dan kasih kepada kita macam dalam iklan…….buatlah lima perkara di atas……..

Begitu juga tak payahlah nak buat muka garang dan bengis paksa orang suka dan sayangkan kita……atau kita syok sendiri dan perasan orang sayangkan kita sedangkan mereka terpaksa berlakon sayangkan kita kerana kita seorang menteri yang berkuasa….boss yang memiliki syarikat…majikan di jabatan……atau apa sahaja yang menjadikan kita ketua yang mempunyai pekerja dibawah kita….yang banyaknya berlakon nak jaga hati kita.

Buatlah lima perkara di atas sebagaimana yang dijanjikan Allah di dalam hadis qudsi ini….insyaallah orang tidak akan membenci anda dan mulai menyukai dan menyayangi anda…..saya telah pun mengamalkannya….hasilnya……mantap.....jika kita beriman dengan janji Allah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP