terbaik!

Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:
"Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri."

Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.

Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud "Kuasa Rakyat". Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.

Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.

Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar.

Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.

Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.

Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?
Mudah sebenarnya.
Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.

---------------------------------------
Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.

-Hilal Asyraf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP