alhamdulillah~
taubatKu
alhamdulillah~
Menutup pintu maksiat
Alhamdulillah…
Semakin hari semakin terasa bahang Hari Raya Aidilfitri….
Agak lame la x mengupdate blog neh disebabkan kekangan assigmnet yang berlambak dan merunsingkan…syukur pada tuhan time neh dah relax sket…..
Ana nak kongsi2 cket neh…..
Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Setiap manusia yang sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering melakukan kesalahan adalah yang sering bertaubat kepadaNya”. Riwayat al-Tarmizi
Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip di bawah diharap dapat membantu, Insyaallah
1. Ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah
Inilah perkara yang paling utama. Jika seorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah, Allah pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerana ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.
Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada Nya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.
2. Mujahadah
Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melwan sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datag kepadanya.
3. Banyak mengingati akhirat
Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam syurga serta azab dalam neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengganti semula amal soleh yang ditinggalkan dahulu.
4. Sibuk dengan hal bermanfaat
Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.
5. Menjauhi punsa kembali semula kepada maksiat
Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan yang tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.
6. Menundukkan pandangan
Dari mata turun ke hati, begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.
7. Bergaul dengan orang baik
Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat Allah.
8. Banyak berdoa
Sebaik-baik berdoa memohon kepada Allah supaya siberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walaubagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu mustajab untuk berdoa.
Bersama hayati~
@~ Boikotlah HATImu untuk TERUS melakukan KEMUNGKARAN,
@~ Boikotlah JIWAmu untuk TERUS hidup dalam KEJAHILAN,
@~ Boikotlah ROHANImu untuk TERUS memupuk rasa KEBENCIAN,
@~ Boikotlah BATINmu untuk TERUS dalam KEPUTUSAN terhadap TUHAN,
SetIAP oranG yg brPuaSA SAtU harI keraNa Allah, mAka ALLah akaNmNjauhkAnnyA drI neraka SeJauh 70ribU muSim.
Sesungguhnya dakwah itu adalah antara ubudiyyah yang tinggi...yang wajibditunaikan oleh semua,kerna termaktub dalam Quran "sesungguhnya kalian(ummat Muhammad) adalah ummat yang terbaik,kamu mengajak kepadama'ruf dan mencegah pada yang mungkar" ayat ini menunjukkan betapaperlunya ummat Islam,kalau mahu jadi ummat terbaik perlulah berdakwah.
♥ Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati ituada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua,mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun(beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah
(beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-samadi dalam majlis orang-orang yang soleh ”. ♥
sEsIaPa yang Tidak Berazam PuAsA SEbElum Fajar, maka Tiadalah puaSaBaginya
*RiWaYAT AhmaD*
- waktu dhuha merupakan masa yg sgt baik dan mutajab berdoa, ada riwayathadith yg menyatakan bhwa ketika ini pintu2 syurga dibuka, amik sedikit masautk lakukan solat sunat dhuha 2 rakaat paling kurg, Rasulullah sgt sukamenunaikan solat sunat dhuha..amat rugilah kpd mereka yg xdptmelakukannya, jdi kpd muhibbin2 dan pencinta Rasulullah s.a.w. tggu apalg..jom! –
Kamu baik. Kamu sopan. Kamu bertanggungjawab. Kamu mencintaiku.
Namun tahukah kamu, bukan itu syarat utama untuk menjadi yang TERPILIH
Bukan itu yang diutamakan untuk menjadi yg TERUNGGUL..
♥ AGAMAMU ♥ AKHLAKMU ♥ KETAQWAANMU padaNya ♥
Itulah yang utama. Jika hanya inginkan kebahagiaan dunia, bagaimanakebahagiaan akhirat? Aku ingin bersamamu hingga ke SYURGA...