NOTA BUAT PPISMP PA AMBILAN JUN 2010
PIAGAM MADINAH
PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA
MAKSUD PIAGAM MADINAH
- · Perlembagaan
yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan (orang Islam dan
Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah
SAW.
- Disebut
Sahifah al-Madinah (perlembagaan bertulis pertama di dunia).
- Menjadi
asas pembentukan sebuah Negara Islam.
PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH
1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
· 12
orang penduduk Madinah ke Makkah bertemu Rasulullah SAW, berjanji meninggalkan
perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu serta taat
perintah Rasulullah SAW.
2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:
· Mus’ab
bin Umair diutus ke Yathrib mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
· Dakwah
Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj.
· Akhirnya
ramai yang memeluk Islam.
3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
· Tahun
berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
· Mereka
berbai’ah akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar taat
setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana
sahaja.
KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
· Terdapat
10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.
· 23
fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi.
· Antara
kandungannya ialah:
- Mengakui
Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
- Mengakui
Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama,
rasul dan masyarakat Islam.
- Setiap
kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.
- Orang
Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada
serangan musuh.
- Orang
Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam
tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.
- Setiap
masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan
di Madinah.
- Setiap
individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain.
Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.
- Setiap
kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.
- Mana-mana
pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan
sekutu mereka.
- Piagam
ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak
mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.
Piagam ini membuktikan betapa Nabi Muhammad saw mampu
menjalankan perananya sebagai pemimpin dan ketua agama kepada semua pihak tanpa
melakukan diskriminasi.
Piagam ini mempunyai 47 fasal dan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap
satu mempunyai 23 dan 24 fasal. Piagam ini memberikan penekanan terhadap
beberapa perkara yang telah diringkaskan di bawah:
1. politik dan pentadbiran yang menganggap Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin
dan hakim yang memerintah secara adil.
2. agama yang membenarkan semua orang bebas beragama dan mengamalkan ajaran
agama mereka tanpa sekatan.
3. sosial yang mewajibkan semua penduduk menerima satu sama lain yang dianggap
sebagai ummah yang bersatu mempertahankan agama dan negara.
4. perundangan pula melibatkan penggunaan peraturan Islam dalam memastikan
peraturan dipatuhi.
5. ekonomi pula memastikan semua pihak menerima peluang yang sama dalam
menjalankan urusan ekonomi.
6. pertahanan yang memastikan semua orang bersatu mempertahankan negara daripada
serangan musuh.
7. orang yahudi dianggap rakyat selagi mereka sendiri memahami dan mematuhi
piagam itu.
Asas Pemerintahan Moden Dalam Piagam Madinah.
Piagam Madinah merupakan perlembagaan kerajaan Islam yang
pertama yang ditulis sebagai asas pemerintahan yang menjadi sandaran
pemerintahan rasululullah saw dan hubungannya dengan rakyat yang terdiri dari
pelbagai kaum dan agama. Ianya merupakan implimentasi kepada asas-asas siyasah
yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan syarak. Penulisan perlembagaan
ini menggambarkan hakikat ketelusan pemerintahan Islam dan keadilannya.
Mewujudkan perlembagaan yang bertulis yang sesuai dengan
keperluan semasa walaupun al-Quran telah wujud menunjukkan kepada keperluannya
bagi mentadbir sesebuah negara.
Berikut ialah beberapa asas kerajaan moden yang terdapat di
dalam Piagam Madinah:
Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan
Piagam Madinah telah menegaskan mengenai pembentukan ummah,
dan mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas kerakyatan dalam
Daulah Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab
rakyat sebagaimana berikut:
Fasal 1. Ini adalah tulisan daripada Muhammad
seorang nabi dan utusan Allah, diantara orang-orang beriman daripada Quraisy
dan penduduk Yathrib dan sesiapa yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan
berjihad dengan mereka.
Fasal 2. Mereka adalah satu ummah tanpa manusia
lain.
Fasal 3.
Muhajirin daripada Quraisy di atas keadaan
mereka, saling menjadi `aqilah[15] antara
mereka, mereka melepaskan tawanan mereka dengan makruf dan adil sesama mukminin.
Begitu juga Piagam Madinah menyentuh mengenai kerakyatan
bukan Islam daripada Yahudi dan musyrikin Mekah yang datang ke Madinah, dengan
menentukan hak-hak dan tanggungjawab mereka, sebagimana dalam fasal berikut:
Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan
perbelanjaan peperangan bersama orang-orang yang beriman apabila mereka
berperang.
Fasal 25. Sesungguhnya Yahudi bani `Auf satu ummat
bersama orang-orang yang beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi muslimin
agama mereka, hamba-hamba mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa yang
berlaku zalim sesungguhnya dia tidak membinasakan melainkan dirinya dan ahli
keluarganya.
Fasal 26. Dan bagi Yahudi bani al-Najjar seperti apa
yang menjadi hak dan tanggungjawab bani `Auf.
Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.
Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua kerajaan baru
itu ialah rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam menyelesaikan
segala perselisihan dan bagindalah yang akan memelihara nas-nas
perlembagaan dan melaksanakan segala ketetapannya.
Sebagaimana dalam fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam
apa perkara sekalipun maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad.
Begitu juga dalam fasal 42.
Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.
Sebagaimana dalam fasal 13; Sesungguhnya orang-orang
yang beriman dan bertakwa, maka tangan mereka ke atas sesiapa yang melampaui
batas di antara mereka, atau menuntut pemberian dengan cara yang zalim,
dosa, permusuhan dan kemusnahan antara mukminin, maka tangan-tangan
mereka diatas mereka semua walaupun keatas anak-anak salah seorang daripada
mereka.
Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi yang
mengikuti kami maka bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak dizalimi
dan tidak akan bertolong-menolong menentang mereka.
Pernyataan Dasar Perjanjian Perdamaian.
Fasal 45: Apabila orang-orang beriman di ajak
berdamai bercampur dan bersekutu, mereka ( Yahudi) akan berdamai dan bersatu
begitu juga sekiranya mereka ( Yahudi) diajak berdamai dan bersatu maka menjadi
tanggungjawab orang-orang beriman menerimanya melainkan ke atas mereka yang
berperang kerana agama.
Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .
Fasal 39 : Yathrib merupakan bumi selamat di
dalamnya kepada ahli perjanjian ini.
Rasulullah saw telah menghantar beberapa orang sahabat untuk
membina tanda sempadan Madinah.
Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara
Sendiri.
Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang yang
beriman adalah satu. Seorang beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa
mukmin yang lain dalam peperangan di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas
sama rata dan keadilan sesama mereka.
Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.
Fasal 40: Sesungguhnya jiran seperti diri sendiri
tidak dimudarati dan tidak diinaya.
Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.
Fasal 12, 25 : Tidak dibiarkan orang-orang
yang beriman terbeban dengan hutang, melainkan tunaikanlah untuknya dan
bantulah dia begitu juga Yahudi dengan Yahudi.
Dasar Berkaitan Keamanan Negara.
Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan
tanggungjawab semua penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.
Jelas di sini bahawa piagam Madinah telah meletakkan asas
yang penting kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan kuasa perundangan,
kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan hak-hak dan
tanggungjawab rakyat dan kerajaan.
Piagam Madinah merupakan asas sistem pemerintahan yang moden
sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Walau bagaimanapun isi piagam
Madinah adalah berasaskan keperluan semasa kerajaan Islam ketika itu
tetrutamanya nas-nas perlembagaan yang berkaitan dengan umat Yahudi dan qabilah-qabilah
yang lain. Namun begitu ianya tidak terkeluar daripada memperuntukan tiga kuasa
penting sebagaimana yang dinyatakan tadi.