renungkan~



Jangan kita terlalu mudah untuk menyatakan 'belum sampai seru' atau 'bila sampai seru' kerana ia sudah mendekati akidah Jabariah yang menganggap tidak wujud ikhtiar dalam kalangan makhluk gunakanlah perkataan Insyaallah ^___^

THE MINES

alhamdulillah 
masih diberi nafas untuk bernafas hingga ke hari ini walaupun sejak akhir-akhir ini badan terasa latih disebabkan demam dan batuk berpanjangan. 

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah menyebarkan Islam ke saentero dunia. Tanpa usaha penat baginda, kita semua tidak mungkin menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.

lama dah tak update blog neh. Penuh dah sawang dalam blog neh, sawang labah-labah ada, sawang biawak ada, dan macam sawang ada haha

alhamdulillah baru-baru neh, ana dan beberapa rakan (rashid dan syafiq) ana telah pergi ke The Mines International untuk menemani si syafiq mempamerkan moto retronya RD125 hehe. Kami merancang untuk membuat pertemuan semula dengan rakan-rakan lama disamping menemani syafiq mempamerkan motonya...

banyak pameran kenderaaan yang hebat di sana seperti gambar di bawah~

Aik camna moto boleh ada skali?



















selepas puas melihat kenderaan-kenderan yang hebat tersebut, ana berjumpa dengan rakan-rakan lama SKHB dahulu dan berjalan-jalan sekitar The mines. rakan ana tersebut ialah syafiq, ain, rashid dan nabilah esir (org yg menangkap gambar) hhhehe.


perjalanan yang sungguh indah meskipun ana terpaksa balek ke Ipg balek pada sebelum subuh lagi supaya ana sempat untuk masuk ke kelas. tanggal 7/7 kita jumpa lagi ya.....

KENANGAN TERINDAH~

BEWARE!!!! HARI IBU ADALAH "HARAM"



BEWARE!!!!
HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP